kAmU SeMuA yAnG tErBaIk

Wednesday, February 9, 2011

Aku tanya Pada Diri

0 comments

Sungguh mudah diri ini mengaku umatmu,
Sedangkan perilaku aku jauh sekali dari ajaranmu,
Tika sakaratul maut datang menjemputmu,
Umatmu jugalah yang menjadi sebutan mulutmu,
Sedang kami,entahlah,jauh sekali mengingatimu.

Wahai diriku yang kealpaan
Jika benar Rasulullah s.a.w di ingatan,
Kemana semua ajaran Baginda kau lemparkan??
Jika betul Rasulullah s.a.w kau kasihkan,
Kemana hilangnya segala teladan yang Baginda tunjukkan??

Aku bertanya pada diriku sendirian
waktu itu jiwa aku penuh tangisan
Bukan mudah untuk Baginda menghilangkan segala najis dan kekotoran,
Najis maksiat dan kotoran Jahiliyyah yang suatu masa dahulu sering diagungkan.
Jerit perih Baginda memperjuangkan kebenaran,
Susah payah baginda melenyapkan kedurjanaan,
Untuk siapa??..Untuk umatnya yang sememangnya Baginda kasihkan…

Tapi,
sedarkah Engkau wahai diri,
Kini kau gali semula apa yang ditanam,
Kau julang kembali budaya yang menjahanamkan,
Kau bangga dengan apa yang diharamkan,
Kau persenda apa yang diajarkan,
Maka terjulanglah kembali Jahiliyyah yang sepatutnya dilenyapkan.

Wahai diriku
Jangan ENgkau Mengaku diri beriman tetapi maksiat masih menjadi amalan,
Mengaku pejuang tetapi tanggungjawab sering diabaikan,
Adakah cukup dengan hanya lisan yang menuturkan??
Bukankah ia perlu dizahirkan dengan amalan??

Janganlah dibiarkan menjadi persoalan,
Tanyakan diri,jawablah dengan IMAN,
Moga Al-Quran dan Sunnah kembali menjadi pegangan.

Hati tersenyum~Biarlah semuanya berlalu

0 comments
menyelami rentetan hari yg begitu tenang
hati tersenyum
mensyukuri
ku tangisi
bernafas bersama cinta Yang Esa


akhirnya
telahku lepaskan ia pergi dengan redha
tanpa dia sedar
kerana
ku genggam cinta Ilahi
kudakap seerat nafas


berganjak lagi?
ku mohon Ya Rahman
jangan KAU biarkan terjadi lagi

hati tersenyum
kerana belajar erti bersabar
ujian adalah tarbiyah dari Allah

terima kasih Ya Rahim
membenarkan aku di sini lagi
menagih cinta nan satu
membuatkan hatiku tersenyum lagi

kembara yang masih berbaki ini
inginku dedikasikannya
untuk lebih mengenalMU
menjerit tak semestinya tahu
berdiam tak bermakna dungu

cintaMU berbisik ke segenap saraf
sebati

Alhamdulillahi ala kulli hal
Waastaghfirullahi min kulli zanbi

Wallahualam

Friday, February 4, 2011

~tAbahkan HatikU Ya ALLAH~

0 comments
.... hidup umpama suatu percaturan yang harus dihadapi oleh setiap manusia… manusia akan lebih semangat dan ceria dalam hidup jika “jiwa”nya hidup..andai manusia sudah mati jiwanya..umpama dia “bangkai hidup”..

begitu juga dgn aku..apa yang kualami dulu hingga kini..kutau ujian drNya..namun kekadang aku tak dapat nak fikir lebih dari itu..
kekadang aku kalah dgn emosiku sendiri.. seolah2 aku pesimis dgn hidup ini..malas utk ku berjuang dlm kehidupan yg sementara ini..

maafkanlah aku Ya Allah....
aku tidak mahu KALAH dalam percaturan hidup ini.. tabahkan diriku ini.. walau sebanyak mana dugaan yg menimpaku..aku tau Engkau masih sayangkan diriku ini.. akan ttpi masih banyak nikmat yg masih dapat kukecapai.. nikmat iman dan keyakinan padaMu..

mungkin Engkau mendugaku…ku tau itu adalah ujian drMu.. bila mengingatkan ujian atas kasih sayang manusia..
aku tak terdaya.. andainya ku tau aku tak ada hak utk dijodohkan dgn sesiapa yg layak dgnku..aku terima Ya Allah.. mungkin ini adalah kifarah atas segala dosa-dosaku yang lampau..mungkin juga ujian utk melihat ketabahan dan kekuatan jiwa hambaMu ini..
:oops:

tak banyak yg ingin kupohon drMu..
kuharap andai ini semua telah ditakdirkan utkku hadapi semasa hayat ku atas dunia ini…..
berilah aku sedikit masa dan peluang untukku membahagiakan satu2nya insan kesayangan ku..bondaku tercinta...

Ampuni hambaMu yang dhaif ini….
:nangis:
====================================================================
mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yg menimpa..
mungkin juga utk menguji tahap keimanan...
mungkin juga balasan dariNya utk perbaiki diri...

aku bru di uji dgn sedikit ujian dariMU..
tapi aku sudah mengalah sebelum sempat berbuat apa2..
Ya ALLAH tabahkan hatiku dan kuatkan lah imanku....

====================================================================

ImageImage

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

ImageImage
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimim yg Soleh

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi seorang insan yang dirahmati
Insan yang dikasihi
Insan yang soleh
Insan yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
:oops:


Thursday, February 3, 2011

aku bangga jadi diri aku.

0 comments
aku bangga jadi diri aku.. di beri kesempatan bernaung di bumi tuhan ku yang satu ALLAH s.w.t.. aku punya khilaf masa lalu, dan aku cuba perbaiki sedaya mampu.. masih di tampok bawah, perlu bimbingan dari tercinta.. mungkin terlalu setia, mungkin juga mudah berduka.. aku adalah aku walau suatu hari nanti nafas terhenti dari jiwa aku.!!.. di beri kesempatan bernaung di bumi tuhan ku yang satu ALLAH s.w.t.. aku punya khilaf masa lalu, dan aku cuba perbaiki sedaya mampu.. masih di tampok bawah, perlu bimbingan dari tercinta.. mungkin terlalu setia, mungkin juga mudah berduka.. aku adalah aku walau suatu hari nanti nafas terhenti dari jiwa aku.!!