kAmU SeMuA yAnG tErBaIk

Monday, February 14, 2011

malamku bertemankan cahayaNya..

0 comments
malam ni buat aku sedih...aku x dapat menahan air mata ini...seperti ada sesuatu yang terbuku dan telah lama aku pendam....apa???aku rasa sunyi...namun hanya Dia tempat meluahkan segala rasa...hanya Dia yang memahami....kehidupan ni...perlu ke kita menentukan nasib kita kerana seseorang???andai kita kecewa kerana seseorang perlu ke kita membiarkan diri kita memilih jalan yang penuh dengan kegelapan???

aku....x suka begitu...bagi aku...nasib hidupku bergantung pada diriku...salah jalan yang aku pilih...itu adalah kesilapanku...bukan kesilapan siapa2....namun...masih ada yang bergantung nasibnya pada manusia lain...

andai apa yang kita inginkan tidak berjaya di miliki....biarkanlah ia pergi...kerana pasti itu sudah ditentukanNya bahawa itu bukan kita punya...namun masih ada yang cuba memaksa dan mendesak keadaan...

walaupun malam ini hanya ada kegelapan...namun aku tetap merasa cahaya kebesaranNya...aku tahu aku tidak sendiri...kerana Dia sentiasa ada memerhatikanku.....tunjukkan aku jalannya Ya Allah....

ERTI sahabat

0 comments
Walaupun aku hanya insan biasa,tapi aku amat bersyukur kerana dapat mengenali manusia atau orang yang berdarah mulia sebegini.tidak ramai rasannya orang yang bertuah sepertiku…diriku sendiri tidak pernah memilih siapa yang akan menjadi teman atau sahabatku..kerna bagiku ERTI sahabat bukan diukur dengan pangkat atau darjat…cukup dia berada disisiku waktu aku amat memerlukannya….

Saturday, February 12, 2011

coretan hati di hari jadi ku

0 comments

Entah kenapa, di hari lahir kali ini hatiku sayu sekali. Ucapan tahniah tidak dapat mengusir segala kesepian yang menjengah. Hati terpasung oleh kata-kata yang pernah diucapkan oleh Sayidina Ali:
“Manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga.”
Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek-robek sisa-sisa kegembiraan yang masih tersisa. Apakah aku masih tidur? Ah, tidur yang sangat panjang kalau begitu.

Teringat pula kata Imam Ghazali:
“Ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekan.”hari ini (12 febuari ) ulang tahun kelahiranku. Sudah hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit-Mu ya Allah. Belumpun aku terasa menjadi hamba-Mu yang sebenar. Masih berpura-pura. Alangkah alpa dan berdosanya aku. Apakah sisa umurku masih panjang? Atau hanya seketika lagi. Aku tidak pasti. Ketika ramai teman mengucapkan selamat panjangg umur, hakikatnya umurku semakin pendek. Bukankah tarikh mati setiap insan sudah ditetapkan? Dan hari ini, esok dan lusa aku menapak lagi… semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya aku ketika menerima ucapan selamat hari jadi… selamat pulakah hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemu-Mu ya Allah. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya, Allah… segala kekuatan hanya pada-Mu jua. Kau yang Maha tahu apa yang terbaik untukku. Aku merayu pada-Mu ya Allah, pada tarikh ini. Untuk mengemis keampunan-Mu dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?

Ya, Allah di hari ini, kupinta dileraikan kusut fikirku. Mohon dijinakkan nafsu liarku. Tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Adil, kutiplah aku untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmatMu. Walau sering aku lupa, tetapi aku sentiasa mendamba. Entah mengapa gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainnah, malah ammarah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan… Ya, Allah, jauhkan aku dari topeng munafik yang menipu-daya ini.

Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau taqwanya melimpah. Bukan juga Umar Al Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiahtul Adawiyah yang sentiasa berkata:
“Sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi.”
Aku juga tidak mampu menangis kerana dosa… Hatiku keras amat. Kucuba menangis dengan merasa kesal. Tapi gagal. Mengapa aku tidak mahu menangis kerana gagal menangis. Ya Allah, kerasnya hatiku ini. Mohon dilembutkan. Atau mohon aku diberi ‘hati’ yang lain. Hati yang ada ini bagaikan sudah mati ya Allah.

Aku kembara telah jauh. Namun kolam hatiku kian keruh. Beban tambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Justeru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan ‘dilahirkan’ semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingatiMu. Yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan harap. Takut, kalau-kalau dimurkai. Harap-harap, minta-minta diampuni.

Buat sahabat, teman dan kenalan… terimakasih atas ingatan kalian. Pada yang jauh, maafkan aku kerana gagal mendekat. Pada yang hampir, maaf kerana tidak pandai membelai. Akhirnya terimalah secebis kata ini, (mungkin inipunmasih dari terowong jiwaku yang gelap gelita.)…

“Marilah kita hidup…
seperti orang yang menanti mati
kerana ingat mati itu…
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiranya inilah detik terakhir
marilah kita mulakan semula
walau yang masih tersisa hanya sedetik cuma…
itu lebih bermakna!”
Ah, kata pujangga, kita akan temui semula sesuatu di tempat yang kita kehilangannya. Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yang lebih baik. Ah, teringat ungkapan dalam bahasa Inggeris yang pernah menjadi hiasan meja sewaktu belajar dahulu:
“In life, what sometimes appears to be the end is really a new beginning… “
Mudah-mudahan. Ini permulaan yang baik. Amin ya, Allah!


Friday, February 11, 2011

wahai malam dengarkanlah rintihan hati ku....

0 comments

Wahai malam, bawalah aku kedalam mimpi yang belum pernah ku datangi, tempat dimana aku dapat menenangkan hatiku yang bergejolak, mimpi yang membawaku kedalam kenangan indah dalam setiap detik hidupku, bawalah aku wahai malam, akan masa yang lalu, dimana aku begitu masih sangat muda dalam melihat dunia, di mana aku hanya bermain dan jatuh hati. Wahai malam tidurkanlah aku dalam mimpi walau fajar telah terbit, aku ingin terus bermimpi dan masuk kedunia yang tidak pernah ku datangi dalam kenyataan, dan biarkan aku terus terlelap karena sesungguhnya aku tak ingin terbangun kembali.

Wahai malam tempat ku merenungi diri dalam kesunyian dan keheningan, mataku terus menatap rembulan yang bersinar di malam yang terang, wahai malam aku ingin tahu apakah sang bulan kesepian ? bila gelap telah datang, apakah sang bulan menunggu cinta yang tak pernah datang ?, apakah sang bulan pernah jatuh cinta ?, wahai malam benarkah sang bulan kesepian, seperti aku ini …

Wahai malam, bintang – bintang bersinar terang, indah sekali dan menjadi perhiasan malam, aku ingin tahu wahai sang malam, apakah bintang kesepian dalam keabadiannya, apakah sang bintang penah jatuh cinta ?, apakah sang bintang bertemu dengan jodohnya ?, wahai malam, benarkah sang bintang juga kesepian, seperti aku ini …

Wahai malam, aku tak kesepian, aku hanya merindukan, merindukan malam yang membawaku lagi dalam kehidupan dalam baying – baying, hidup dalam impian, percayalah malam, aku tak kan jatuh hati lagi, baik dalam kenyataan maupun dalam impian …

Wahai malam … bawalah aku dalam dunia impian, dimana aku tak melihat lagi bintang dan rembulan … dan jangan biarkan aku di terangi oleh apa pun … biarkan aku abadi dalam kegelapan dalam pelukan malam.