kAmU SeMuA yAnG tErBaIk

Thursday, July 9, 2009

[ Renungan bersama ]

Hidup ini sangat indah.. banyak perkara yang berlaku tanpa kita rancang.. kegembiraan, kekecewaan dan ketakutan datang silih berganti.. di dalam kesamaran kita mencari diri kita.. buntu...namun terus mencari...... kadang-kadang kita sendiri tidak tahu apa yang kita mahu dalam hidup ini.. Tuhan bagi kita sesuatu yang sangat berharga, tapi kerana tamak dan pentingkan diri sendiri kita lupa untuk bersyukur...hinggalah satu saat Tuhan tarik semula pemberiannya..di saat itu, baru kita terjaga dari sikap ego kita..di saat kita kehilangan baru kita sedar betapa dia sangat penting dalam hidup kita..kita marah pada takdir tuhan..kita tidak dapat terima ujian tuhan lalu kita berpaling daripada tuhan, namun kita lupa...kita lupa bahwa saat itu sebenarnya tuhan sedang menguji sejauh mana keimanan kita..tuhan nak uji sejauh mana kekuatan kita menghadapi ujianNya.. kita membenci diri kita, kita benci diri kita kerana kita seolah-oleh sering menyusahkan orang lain..kita rasakan diri kita membebankan orang lain..kita nak cipta dunia kesedihan untuk diri kita sendiri..kita lupa yang hakikatnya, terlalu ramai yang masih sayang dan perlukan kita...kalaulah benar sudah tidak ada lagi yang sayangkan kita, tuhan yang Esa kan masih ada, jadi kenapa kita tidak kembali saja padaNya..pulang mencari redhaNya.. sakit!!!! amat sakit!!! kenapa aku???? kenapa bukan orang lain??? kita marah diri kita sendiri...kita kena ingat hidup ini urusan tuhan..mesti ada sebab kenapa tuhan berikan ujian sebegini pada kita..kita kena percaya..setiap apa yang tuhan rancangkan untuk kita dan setiap apa yang tuhan telah tetapkan ada hikmahnya..mungkin hikmah itu kita tidak nampak sekarang, tapi hikmah itu kita akan nampak suatu masa nanti..perancangan tuhan ini sangat hebat..kita manusia yang serba kekurangan tidak akan mampu menjangkau kuasa kebesaran tuhan..kita tidak akan melihat dengan mata kasar ini setiap hikmah yang tuhan ciptakan untuk kita... Lap airmata itu..katakan pada diri..masih terlalu ramai yang perlukan aku. masih terlalu ramai yang sayangkan aku..jadi kenapa aku perlu mengalah pada ujian sekecil zarah ini..bukankah nikmat iman itu lebih sukar untuk dimiliki andai ujian sekecil ini gagal untuk aku hadapi..kehidupan ini sangat indah..kitalah yang mencorakkan keindahan itu.......

No comments:

Post a Comment