kAmU SeMuA yAnG tErBaIk

Monday, May 30, 2011

untuk mu sahabat

0 comments
Lama sudah aku tidak meletakkan apa-apa cerita yang telah berlaku dalam hidupku.. banyak diantaranya aku letakkan sahaja di dalam minda ingatanku. Membiarkan ianya luput ditelan waktu. Mungkin seharusnya semua dugaan itu dibiarkan sebegitu sahaja. Biar semuanya tersimpan dan memorinya jua akan terhapus mengikut zaman semasa….

Lama mana mungkin aku seharusnya begitu.. mungkin lama jua nanti…. Lalu titipan coretan ini dan ingatan ini aku berikan tulus ikhlas untuk insan yang pernah menjadi sahabat aku. Sahabat dalam erti kata apa? Biarkan insan yang dapat merasainya sahaja yang akan mendalaminya.

Dalam meniti kehidupan yang serba mencabar ini, tidak dinafikan kawan adalah insan yang akan menjadi pertaruhan untuk kita membina kehidupan yanng lebih akrab dan baik. Di mana dia adalah insan yang dapat berkongsi airmata dan ketawa ria kita. Adakah dia benar-benar wujud didunia ini?



Kekadang kita merasakan kawan disisi kita adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun sebenarnya kawan baik juga boleh menjadi duri yang amat bisa dalam hidup kita. Siapa yang mengkehendakinya. Sudah tentu tiada siapa diantara kita yang memilih untuk berada di episod duka.



Tetapi itulah kehidupan yang menjanjikan seribu satu kemanisan dan kepahitan untuk kita mengalaminya. Mungkin adalah cara yang terbaik untuk kita menilai kembali sepanjang kehidupan yang pernah kita lalui. Kerana kita mungkin alpa pada kehidupan yang pernah kita tempuhi dahulu. Di saat kita bergembira, cubalah kira banyak mana sahabat kita… adakah sama bilangannya apabila kita di dalam kesusahan.



Cuba fikirkan…..



Sahabat, perhubungan yang dijalinkan memberi makna yang amat besar bagi diriku. Mungkin aku alpa dalam mempertahankan persahabatan kita. Tapi aku juga hanyalah insan biasa. Maafilah aku andai aku telah mengguris hatimu. Tapi, jauh disudut hatiku, aku masih mengingati saat kita bersama.



Betapa banyak ranjau kehidupan yang telah kita rasa bersama. Apa yang terjadi diantara kita adalah mimpi yang tak pernah aku idamkan. Betapa aku amat mengharapkan suatu hari nanti kita akan kembali seperti dahulu. Kembali didalam gurauan yang bisa menyatukan kita semula.



Aku berdoa moga hari itu akan tiba jua sebelum nafas aku terhenti. Moga segala kekusutan yang melanda di antara kita akan kita uraikan bersama.Janganlah kau jauhi aku kerana peristiwa yang telah berlaku. Berikanlah ruang untuk aku memperdengarkan kisah di pihak aku sendiri. Mengapa menjerumuskan aku sebegitu rupa.



Adakah ini nilai persahabatan yang kau maksudkan? Memberikan aku satu tanggapan negatif terhadapmu. Aku cuba untuk menidakkannya. Tetapi semakin banyak aku mencuba, lebih banyak bukti yang ada itu muncul. Khilafkah aku?



Sesungguhnya mengenalimu tidak pernah aku kesali. Walaupun mungkin pernah terdetik dihati ini. Tapi setiap pertolonganmu aku hargai. Setiap jasamu aku sanjungi. Jua dirimu aku hormati. Setiap apa yang kau ucapkan buat diriku, aku jaga dan menjadi rahsia diantara kita. Tetapi apa yang telah dijanjikan sebagai pulangannya, adalah sesuatu yang tidak pernah menjadi igauan aku. Seboleh-bolehnya aku menjaga segalanya. Agar suatu hari nanti, tiada dendam yang akan terus mekar…



Melepaskan dirimu jua tidak aku ragui. Kerana janji itu telah dimungkiri. Siapalah aku untuk menghalang pemergianmu. Andai itu yang telah kau rancangkan dari dulu. Aku hanya persinggahan, tempat kau menumpang didalam meneruskan kehidupan. Aku hanyalah berfungsi sebagai dahan yang memang telah kau janjikan kereputannya. Akukah yang alpa atau masakah yang mencemburui kita. Lihatlah dunia, janji yang tidak pernah abadi ini. Dimanakan akan berakhirnya…


Sampai bilakah aku boleh bertahan. Ya Allah aku hambaMu yang lemah. Melakukan salah dibumi yang telah Kau turunkan aku. Aku mencari ruang untuk menebus segala khilafku. Moga sebelum aku kembali semula kesisiMu, aku telah menunaikan segala tanggungjawab aku di muka bumi ini. Aku memohon padaMu Ya Allah. Bantulah aku menemui redhaMu. Rahmatilah segala yang telah kau berikan dan aku jalankan di alam Mu ini.



Sahabat, aku menganggap apa yang telah terjadi diantara kita adalah antara ujian dan rahmat dariNya. Menguji sejauh mana kita mampu mengatasi segala rintangan ini. Menguji sejauh mana kebolehan kita berinteraksi. Menguji setebal manakah iman yang kita lindungi.



Anggaplah hikmah yang disediakan untuk kita adalah antara yang terbaik yang telah dijanjikan untuk kita dikemudian hari. Teruskanlah perjuangan kita mencari damai di hati, ketulusan dan kejujuran kehidupan ini. Doaku agar dikau sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang dariNya.



Moga ada pertemua semula sebelum perpisahan sebenar di antara kita.

InsyaAllah….



ku meniti awan yang kelabu


ku tempuhi lorong yang berliku


mencari sinar yang menerangi


kegelapanku


ku percaya nanti suatu masa


sang suria kan menyinar jua


membawa harapan yang menggunung


bersamanya


Engkau tiba bagaikan pelangi


Tanpa cahaya namun kau berseri


Tapi cukup menghiburkan hati ini


Seharian waktu bersamamu


Tak terasa saat yang berlalu


bagai pelangi petang


kau kan pasti pergi jua

Thursday, May 19, 2011

seindah,seikhlas, sejujur mana pun dia di mata kita..dia tetap manusia yang bisa untuk berubah pada suatu ketika..

2 comments
Cintailah si dia yang nyata mencintai kita..orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita demi orang yang dia sayang...tapi orang yang menyayangi kita akan sentiasa di sisi kita kerana di hatinya cuma ada diri kita...apa pun jangan terlalu mengharapkan cinta kerana cinta itu mampu untuk berputik, gugur dan berputik semula dan tidak mustahil berulang-ulang sehingga berbuah.seindah,seikhlas, sejujur mana pun dia di mata kita..dia tetap manusia yang bisa untuk berubah pada suatu ketika..

jika keikhlasan kasih sayang yg di berikan telah tidak dihargai maka biarkan ianya berlalu..jangan kita ada dendam dgn apa yg telah dia lakukan tp terus doakan moga dia bahagia dgn apa yg dia inginkan..terima lah hakikat kehidupan manusia boleh berubah sikap dgn sesaat walau kita telah mengenali menyayangi dirinya sekian lama...

Tuesday, May 17, 2011

cinta...

0 comments
rindu untuk kembali mencoretkan suatu kisah dan cerita yang aku namakan kenangan dan pengalaman..membuka ruang kebenaran dan pendedahan dengan menulis di sini..pasti akan membawa perjalanan yang jauh pada satu dunia...pengisian yang hanya aku tahu kenapa dan mengapa......

seorang cinta sedang asyik melihat handphonenya....
membaca balasan dan pesanan cinta dari cintanya....

tersenyum....dan tertawa penuh cinta.....
terbayang keletah cintanya..dengan penuh cinta.....

rindu yang ada dalam diri...penuh dengan bunga-bunga cinta...
harum dan mekar hanya untuk cintanya...

seorang cinta itu merenung keluar cermin kereta...
tersenyum sendiri..walau disepanjang perjalanannya hanya ada pepohon...
itu kuasa cinta.....

tersenyum......
terkecewa.......
termerajuk.....
tersenyum......

seorang cinta itu akan terus setia untuk cintanya....
dan akan terus percayakan cintanya......
akan terus menunggu cintanya....

seorang cinta itu akan terus menjaga dirinya untuk cintanya...
kerana dia mahu cintanya jua mampu menjaga dirinya.....

cinta membuatkan cintanya terus kekal mencintainya...
cinta membuatkan si pemerhati cinta..hanya mampu memerhati....

cinta membuatkan cintanya setia mencintainya....
cinta membuatkan si pemerhati cinta..akhirnya mengalah untuk merebut cintanya...

cinta membuatkan dunia ini penuh dengan cereka...
ceria..duka..gembira..sedih.....

cinta membuatkan si pemerhari cinta..diam....
si pemerhati cinta akan terus diam...
menyimpan semua yang ada dalam hati..sendiri...

cinta membuatkan si pemerhati cinta terasa penuh berdosa....
mencintai cintanya dalam diam...

kuasa cinta si cinta pada cintanya...
akhirnya membuatkan si pemerhati cinta mendoakan hanya yang terbaik untuk cinta dan cintanya...

cinta itu umpama kristal...umpama lelangit....umpama air...
jangan kau usik nakalnya...kelak berderai hancur semuanya...
jangan kau cemarkan udaranya.....kelak gelap dan kotorlah lelangitnya..
jangan kau cemarkan airnya..kelak berkeladak dan membusuk airnya....

pergilah si pemerhati cinta..
jangan kau teruskan langkahmu...
jangan kau tega pisahkan cinta dan cintanya...
cinta hanya perlukan cintanya...
cintanya hanya perlukan cinta..

pergilah...
bawalah dirimu.....berlalullah.....
jangan pernah datang dan jelmakan diri....

semadikanlah rasa mu wahai si pemerhati cinta...
buang dan hapuskan semuanya.....
jejak hati yang sepatutnya dari mula tiada....


~wah...tetiba menulis kisah cinta...hehehehe....sebab mungkin terasa ada aura cinta disekelliling..membuatkan penulisan kali ini lebih kepada cinta..melihat teman-teman makin sibuk mempersiapkan diri untuk masuk ke alam cinta yang sebenar..jelas..cinta membuatkan manusia boleh berubah menjadi 'gila'...senyum...ketawa....hehehehehehe...

indah!...

hanya itu yang mampu diucapkan...gelisah sesaat...bila tiada khabar si cinta.....saat berjauhan..rasa cemburu itu akan merasuk dalam fikiran..lalu jadi tak tentu arah......

betulkan..cinta membuatkan manusia menjadi gila....

Tuesday, May 10, 2011

jagalah perasaan masing-masing

0 comments
Bersyukurlah kerana masih ada terasa hati,sebab terasa dari hati menunjukkan perasaan seseorg...perasaan yg menunjukkan meminati,menyayangi,minat atau sebagainya...peraasan juga lahir dari hati yg ikhlas,tak kiralah sama ada baik atau buruk,dipaksa ataupun terpaksa...perasaan juga menunjukkan kesungguhan seseorg utk memiliki...peliharalah perasaan itu dgn sebaik baiknya...kerna bila perasaan itu dah mulai hilang takde gunanya lagi utk ditebus,dipujuk atau dirayu...

Sunday, May 1, 2011

thanks kepada awk yang sudi

1 comments
salam all..lama rasenye aku tak update blog...bukan tak nak update..busy ngan keje satu hal ditambah ngan kesihatan tak menentu...
pagi ni aku saje buang masa buka inbox email aku yang dah lama aku tak update. tiap2 hari bukak baca email tapi tak tau nak update inbox email aku tu. baru aku perasan dah beratus mail aku tak delete. sampai naik juling mata aku tengoknyer..
dah tak da keje nak buat. niat hati hari ni nak kosongkan inbox email aku. satu per satu aku delete tapi sbelum aku delete, aku buka & baca dulu email2 tu. mana tau kot2 ada email penting. kalau dah terdelete susah pulak nak dapat balik..huhuhuhu..dalam duk mendelete email, ada 1 email yang buat aku sayang nak buang. special betol email ni pada aku walaupun sebenarnyer email tu tidak membawa kegembiraan pada aku..huhuhuhuhu..untuk entry kali ini aku share dengan korang semua email yang aku dapat dari seseorang yang aku anggap istimewa di hati ini...ini emailnyer & aku harap penjelasan ini dapat membantu korang dalam mencari erti suka, sayang & cinta yang sebenar...

suka,sayang dan cinta itu berbeza..

suka:kita boleh suka sesiapa sahaja.suka pada sikapnya,suka pada peribadinya dan suka ciri dalaman dan luarnya atau apa sj..

sayang:kita juga boleh sayang sesiapa sahaja.sayang pada rakan/kawan kita,sayang pada keluarga ,sayang kepada pasangan hidup kita.

cinta:cinta hanya satu.cinta hanya untuk seorang lelaki atau seorang perempuan yang kita anggap istimewa dalam hidup..dari hati ke hati..

adakah kita "suka","sayang" atau "cinta" pada pasangan kita ??....pernahkah kita tanya pd diri & perasaan kita yg sebenar-benarnya ?..

itulah luahan kata2 dia dalam email yang dikirimkan pada aku tidak lama dulu..bila direnungkan kembali, ayat2 itu ada kebenarannyer. suka, sayang & cinta boleh jadi 3 perkara yang berbeza walaupun tergolong di dalam konteks yang sama iaitu perasaan..mungkin adakalanya kita terkeliru dengan perasaan kita sendiri sehingga menganggap cinta itu adalah sayang, sayang itu adalah suka & suka itu adalah cinta..tapi hakikatnyer tidak..
anda bagaimana pulak???
tepuk dada tanya selera...