kAmU SeMuA yAnG tErBaIk

Monday, May 30, 2011

untuk mu sahabat

Lama sudah aku tidak meletakkan apa-apa cerita yang telah berlaku dalam hidupku.. banyak diantaranya aku letakkan sahaja di dalam minda ingatanku. Membiarkan ianya luput ditelan waktu. Mungkin seharusnya semua dugaan itu dibiarkan sebegitu sahaja. Biar semuanya tersimpan dan memorinya jua akan terhapus mengikut zaman semasa….

Lama mana mungkin aku seharusnya begitu.. mungkin lama jua nanti…. Lalu titipan coretan ini dan ingatan ini aku berikan tulus ikhlas untuk insan yang pernah menjadi sahabat aku. Sahabat dalam erti kata apa? Biarkan insan yang dapat merasainya sahaja yang akan mendalaminya.

Dalam meniti kehidupan yang serba mencabar ini, tidak dinafikan kawan adalah insan yang akan menjadi pertaruhan untuk kita membina kehidupan yanng lebih akrab dan baik. Di mana dia adalah insan yang dapat berkongsi airmata dan ketawa ria kita. Adakah dia benar-benar wujud didunia ini?



Kekadang kita merasakan kawan disisi kita adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun sebenarnya kawan baik juga boleh menjadi duri yang amat bisa dalam hidup kita. Siapa yang mengkehendakinya. Sudah tentu tiada siapa diantara kita yang memilih untuk berada di episod duka.



Tetapi itulah kehidupan yang menjanjikan seribu satu kemanisan dan kepahitan untuk kita mengalaminya. Mungkin adalah cara yang terbaik untuk kita menilai kembali sepanjang kehidupan yang pernah kita lalui. Kerana kita mungkin alpa pada kehidupan yang pernah kita tempuhi dahulu. Di saat kita bergembira, cubalah kira banyak mana sahabat kita… adakah sama bilangannya apabila kita di dalam kesusahan.



Cuba fikirkan…..



Sahabat, perhubungan yang dijalinkan memberi makna yang amat besar bagi diriku. Mungkin aku alpa dalam mempertahankan persahabatan kita. Tapi aku juga hanyalah insan biasa. Maafilah aku andai aku telah mengguris hatimu. Tapi, jauh disudut hatiku, aku masih mengingati saat kita bersama.



Betapa banyak ranjau kehidupan yang telah kita rasa bersama. Apa yang terjadi diantara kita adalah mimpi yang tak pernah aku idamkan. Betapa aku amat mengharapkan suatu hari nanti kita akan kembali seperti dahulu. Kembali didalam gurauan yang bisa menyatukan kita semula.



Aku berdoa moga hari itu akan tiba jua sebelum nafas aku terhenti. Moga segala kekusutan yang melanda di antara kita akan kita uraikan bersama.Janganlah kau jauhi aku kerana peristiwa yang telah berlaku. Berikanlah ruang untuk aku memperdengarkan kisah di pihak aku sendiri. Mengapa menjerumuskan aku sebegitu rupa.



Adakah ini nilai persahabatan yang kau maksudkan? Memberikan aku satu tanggapan negatif terhadapmu. Aku cuba untuk menidakkannya. Tetapi semakin banyak aku mencuba, lebih banyak bukti yang ada itu muncul. Khilafkah aku?



Sesungguhnya mengenalimu tidak pernah aku kesali. Walaupun mungkin pernah terdetik dihati ini. Tapi setiap pertolonganmu aku hargai. Setiap jasamu aku sanjungi. Jua dirimu aku hormati. Setiap apa yang kau ucapkan buat diriku, aku jaga dan menjadi rahsia diantara kita. Tetapi apa yang telah dijanjikan sebagai pulangannya, adalah sesuatu yang tidak pernah menjadi igauan aku. Seboleh-bolehnya aku menjaga segalanya. Agar suatu hari nanti, tiada dendam yang akan terus mekar…



Melepaskan dirimu jua tidak aku ragui. Kerana janji itu telah dimungkiri. Siapalah aku untuk menghalang pemergianmu. Andai itu yang telah kau rancangkan dari dulu. Aku hanya persinggahan, tempat kau menumpang didalam meneruskan kehidupan. Aku hanyalah berfungsi sebagai dahan yang memang telah kau janjikan kereputannya. Akukah yang alpa atau masakah yang mencemburui kita. Lihatlah dunia, janji yang tidak pernah abadi ini. Dimanakan akan berakhirnya…


Sampai bilakah aku boleh bertahan. Ya Allah aku hambaMu yang lemah. Melakukan salah dibumi yang telah Kau turunkan aku. Aku mencari ruang untuk menebus segala khilafku. Moga sebelum aku kembali semula kesisiMu, aku telah menunaikan segala tanggungjawab aku di muka bumi ini. Aku memohon padaMu Ya Allah. Bantulah aku menemui redhaMu. Rahmatilah segala yang telah kau berikan dan aku jalankan di alam Mu ini.



Sahabat, aku menganggap apa yang telah terjadi diantara kita adalah antara ujian dan rahmat dariNya. Menguji sejauh mana kita mampu mengatasi segala rintangan ini. Menguji sejauh mana kebolehan kita berinteraksi. Menguji setebal manakah iman yang kita lindungi.



Anggaplah hikmah yang disediakan untuk kita adalah antara yang terbaik yang telah dijanjikan untuk kita dikemudian hari. Teruskanlah perjuangan kita mencari damai di hati, ketulusan dan kejujuran kehidupan ini. Doaku agar dikau sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang dariNya.



Moga ada pertemua semula sebelum perpisahan sebenar di antara kita.

InsyaAllah….



ku meniti awan yang kelabu


ku tempuhi lorong yang berliku


mencari sinar yang menerangi


kegelapanku


ku percaya nanti suatu masa


sang suria kan menyinar jua


membawa harapan yang menggunung


bersamanya


Engkau tiba bagaikan pelangi


Tanpa cahaya namun kau berseri


Tapi cukup menghiburkan hati ini


Seharian waktu bersamamu


Tak terasa saat yang berlalu


bagai pelangi petang


kau kan pasti pergi jua

No comments:

Post a Comment