kAmU SeMuA yAnG tErBaIk

Saturday, July 9, 2011

siapakah gadis misteri

0 comments
Tak pernah ku alami Tak mungkin ku hindari Di himpit perasaan Bayangan gurauan Di dalam jaga ku tercari-cari Di dalam tidur termimpi-mimpi Siapakah gadis misteri Melambai dan terus menyepi Jangan biarkan ku ternanti-nanti Usah benarkan masa berlalu pergi Cintamu oh gadis misteri Adakah kekal dan abadi Andai di berikan emas permata Ku pilih senyumanmu Andai kupunyai mahligai indahKu hadiahkan untukmu Dalam berjuta bintang berkelipan Kau bagaikan kejora Antara ribuan mata menikam Takkan kubiarkan kau tenggelam Di dalam jaga ku tercari-cari Di dalam tidur termimpi-mimpi Siapakah gadis misteri Adakah dapat ku kenali Belum puas ku temui

Thursday, June 30, 2011

cuma secebis ujian

0 comments
rasanye tiada seorang pun di dunia ini memohon untuk merasa derita, sakit dan sedih. dicintai dan kemudian ditinggal pergi. dicintai xpernah dipinta apatah lagi ditinggalkn. tp sudah lumrah hidup...ibarat roda. sekejap kite merasa bahagia...dicintai dan menyintai. sehingga kite merasa semua yg ade di sekeliling begitu indah dan membahagiakan...tp sekejap pula kite merasa sedih...merana dan tersiksa apabila cinta yg bahagia tidak mampu diteruskan, putus ditengah jalan dan berpisah. hidup seakan tiada makna, kosong dan semua yg kite rs indah dulu seakan duri yg menusuk jantung.

dulu bile melihat org lain menangis kerana putus cinta..kite hanya mampu melihat, tumpang bersedih dan paling2 pun kite akan menasihatinye agar bersabar menghadapi dugaan hidup. namun kite xpernah menyelami perasaan dan kesedihan yg mereka alami.

bile kite sendiri menghadapi, rupanya ia begitu sakit dan menyiksakan. apalagi jika perpisahan itu angkara permainan org ketiga yg merampas kebahagiaan kite. cinta dan kebahagiaan yg kite semaikan bersama dgn bahagia hancur dalam sekelip mata. siapa yg sanggup dan rela diduakan? siapa sanggup membiarkan org lain merampas kebahagiaan dan org yg kite kasihi? siapa xsedih bila cinta yg dulu bahagia musnah begitu saja? baik lelaki mahupun perempuan tetap akn merasa kesakitan itu. perasaan perit dan pilu hanya allah yg tahu. hidup berendam air mata, kesunyiaan dan kerinduaan seakan menjadi bebanan yg xterpikul oleh diri. waktu itu kite merasa marah mendengar nasihat org supaya bersabar. kite rasakan mereka semua xmemahami kesakitan yg kite alami..hanya pandai mengucapkan nasihat.

bila terjadi perpisahan, baru kite mula menghitung apa salahnye diri..apa dosa diperlakukan sedemikian rupa. bila di fikir2kan mungkin semasa bahagia kite banyak lupa. lupa tuhan, lupa ayah ibu, lupa kwn..dan lupa diri. mgkin saat bahagia merajai di hati kite hanya teringatkan org yg dikasihi sehingga terlupa untuk memikirkan ayah dan ibu yg merindui...atau yg paling teruk kite melupakan tuhan nauzubillah..

apa yg berlaku sebenarnya hanya lah dugaan hidup bagi setiap insan. putus cinta yg dirasakan terlalu sakit ini cuma secebis ujian
dari Allah terhadap hambanya.

Tuesday, June 28, 2011

rakan....kawan....sahabat :)

0 comments

Assalamualaikum.

Lama aku tak update blog. Mane aku pegi? tak gi mana-mana pon..ade je menjalani kehidupan yg tak seberapa..ape dah jadi kat aku ni? nak tulis pon takde idea..idea! idea! idea! siapa-siapa tolong bagi idea please~

hurmm..sbenarnye banyak je benda aku nak cerita..tapi tak tau dari mana patot saya mula..

tetiba malam ni terigt lak kat kwn2

raKan..

kawAn..

sahaBat..

ianya memberikan kita satu makna yang besar daLam kehidupan kita ni kn…terKenang waktu duLu muda-muda duLu..wakTu kecik-keCik..skolah-sKolah sume…banyak peristiwa yg xDapat diLupakan…kali pertama meNgenali kawan-kawan yang sama-sama di sekolah..terkenang gak kt budak-budak nakal..asyik dok nk bUli org je…huhuhuhu

Budak-budak skeMa..budak-budak separa skEma pn ade gak…antara knangan yang best tu..pi camping kt air terJun pada waktu sekolah le..best2..huhuhu Tringat lak kt cikgu-cikgu yang garang..huhuhuhu dan Banyak lagi peristiwa suka duKa,pahit manis…

Tapi..skrg nih…kita sume dah beso dh..baNyak perkara yang kita lalui mase zaman kecik-keCik dl..yang boleh membuatkan kita terseNyum akan “Hilang”…dan masalah pulak akan makin berTambah…hUu

Ade keNgkawan dah keje..ade gak yg masih bergelar sisWazah..maybe ada gak yg maSih jadi penanaM aNggur berjaya..sume nye nih pn aku dah laLUi sumenye…

Ade keNgkawan yg pi oversea utk bLaja..tak kurang yang keJe kt obersea tuh..tunggu aKu pi sane lak nanti ek..huU insyaAllah satu haRi nanti..aminnn. Masing-masing daH “tercampak” ke mane-mane ntah ..ade yng dekat je..ade yang jaun nun di sane..if yang bekerJa tak kira kt jaUh or deKat tu…suMenye diLakukan deMi masa dePan…yuP, masa dePan yang kita xTau waLau secebis pn kn…

keNgkadang ade masa nye teringat kembaLi kenangan dengan keNgkawan yang dah lame xjumpe..yang kita teringin nak jumpe..kn?kn?kn?

maybe keadaan dah berBeza tetapi apa jua yang kita telah lalui ianya akan seNtiasa meNjadi meMori yang paling best sekaLi….teriMa kasiH unTuk segaLanya =)

Friday, June 17, 2011

teringat zaman silam

0 comments

teringat di kala kecil, suka bermainan di tepi sungai bendang dgn mak serta arwah ayah. Bila diingat saat terindah itu terasakan ingin segera pulang ke detik itu. Detik yang tak pernah mungkir bahagia, segala janji-janji terungkai tanpa kita minta. Aku hanya insan biasa. Bila dikelilingi manusia-manusia bumi aku hanya mampu memerhati. Itu adalah aku. Ramai persoal kehadiranku. Tapi yang pasti aku tidak ingin mati dalam sepi. Nak kata aku ramai kawan, jawapnya TIDAK.Bukan menidak kehadiran orang skelilingku tp kenapa perlu bertopeng tiap kali bersua dengan aku.Aku suka Sajak, aku suka puisi cinta yang dialun indah gemersik puitisnya.Aku ingin rasa sayangku dirasa sama dengan mereka yang benar-benar memahami diri ini, biarkan segala duka dan sunyi ditepis lari.Apa ada pada nama? Kekal pun ia bukan untuk selama, kata-kata indah tersusun mengikut nada segar di ingatan sampai titik terlupus.
Aku senang dengan sesiapa, kekadang malu tersipu. Bergantung pada orang
yang ku temu. Aku sensitif, jiwaku romantik tp tak sehebat cinta abadi
TAJ MAHAL. Aku suka menjadi pendengar, biarkan segala beban mereka
menjadi bebanku. Suka tersenyum, amat gemar berlagu tika lapang.Menghormati orang tua, terlalu mudah simpati dan mengeluarkan air mata. Oppsss, bukan sekadar cakap kosong tp betul. Hidangkan cerita sedih depanku, yang pasti air mata terus
mencurah. Entahlah, sukar tuk ku mengertikan. Tapi, dengan menangis
jiwa rasa tenang dan aku seakan terasa melayang di udara bersama
layang-layang. Hmm, aku teringin pergi ke bulan dan yang pasti itu
hanya sekadar mimpi di siang hari. Ingin sekali menyentuh bintang dan
dibawa pulang jadi peneman di kala duka bertandang ke jiwa. Aku akui
banyak silap yang pernah aku buat dan aku dalam usaha untuk membetulkan
keadaan. Aku tahu kelibatku dibenci dan aku pasti sukar untuk dimaafi.
Dulu aku terlalu memikirkan apa yang mereka katakan, namun kini biarlah
segala yang berlaku berlalu. Semua bukan hendak-ku. Biar keluar darah
bibirku mengatakan aku ikhlas tp kalau orang tak suka, aku nak buat
apa. Betulkan? Yang penting, tuhan yang mengadiliku. DIA yang
menentukan apa hukuman yang harus aku terima. Aku redha dengan
ketentuan DIA.

Thursday, June 16, 2011

seketika berfikir

0 comments
Memang kalau orang lain mendengar, seperti pelik...Tapi hati ini terlalu sukar untuk terbuka kepada yang meminta. berbulan-bulan cuba membuka pintu hati kepada yang lain tetapi tidak pernah pun berjaya ... Bukan sebab masih ada rasa cinta ... langsung tak der ... rasa nak pelangkung ada la...macam rasa tersekat2 ... Rasa dah penat.... Rasa tak percaya ... Macam2 rasa selain siakap 3 rasa ...

Kadang2 aku tanya kepada diri sendiri, kenapa cinta ini tidak dipermudahkan olehNya? Kenapa org lain boleh jer bercinta 3-4 org dalam satu masa... dan mudah melepaskan setelah memilih... tapi bukan aku. mmm... Ramai orang kata cinta itu buta. Cinta boleh bikin seme deria jadi OKU ... tapi pada aku, cinta tak buta. Cinta buat aku lebih menyedari akan kekuasaan Tuhan. Cinta ini memang misteri... Rahsia Allah yang kadang2 memberi kejutan pada kita..

Malam semalam seseorang datang dalam mimpi aku ... tak pernah terfikir pon dia orangnya... tapi, apa ada pada mimpi ... walau kadangkala mimpi akan jadi realiti.

Mintak maff la kawan2 ekk, ada hasrat korang yang aku tak dapat nak penuhi buat masa ni ... rasa itu masih belum ada ... mana mungkin kita boleh bersama org yg tak der perasaan pada kita dan kita pon tak der perasaan pada dia. esok lusa tak taw lah cemana.. Aku sendiri pon tak pasti akan ada peluang lagi untuk aku merasai cinta yang satu ni... Atau ia hanya akan kekal menjadi teman berangan sampai bila-bila? pelik sungguh cinta yang satu ini kan kan kannnn?

Tapi, kalau ditakdirkan aku sampai bila2 pon harus sendiri .... tanpa cinta yang satu ni... aku redha... Bak kata kawan aku... "solo kite bahagia"... walaupon separuh setuju jerr :)

Awak, hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya... Justeru itu, bersikap jujurlah pada diri sendiri. Kalo rasa tu ada .. cakap ... usaha ... tak payah yang bagi berlori alasan ... Jangan takut untuk kehilangan .. sebab kita takkan kehilangan sesuatu atau seseorang yang tidak pernah kita miliki ...

oklah mate pon dah ngantok...esok nak keje pagi...ape2 hal aku akn update kat facebook....selamat malam semua......wassalam :)



Monday, May 30, 2011

untuk mu sahabat

0 comments
Lama sudah aku tidak meletakkan apa-apa cerita yang telah berlaku dalam hidupku.. banyak diantaranya aku letakkan sahaja di dalam minda ingatanku. Membiarkan ianya luput ditelan waktu. Mungkin seharusnya semua dugaan itu dibiarkan sebegitu sahaja. Biar semuanya tersimpan dan memorinya jua akan terhapus mengikut zaman semasa….

Lama mana mungkin aku seharusnya begitu.. mungkin lama jua nanti…. Lalu titipan coretan ini dan ingatan ini aku berikan tulus ikhlas untuk insan yang pernah menjadi sahabat aku. Sahabat dalam erti kata apa? Biarkan insan yang dapat merasainya sahaja yang akan mendalaminya.

Dalam meniti kehidupan yang serba mencabar ini, tidak dinafikan kawan adalah insan yang akan menjadi pertaruhan untuk kita membina kehidupan yanng lebih akrab dan baik. Di mana dia adalah insan yang dapat berkongsi airmata dan ketawa ria kita. Adakah dia benar-benar wujud didunia ini?



Kekadang kita merasakan kawan disisi kita adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun sebenarnya kawan baik juga boleh menjadi duri yang amat bisa dalam hidup kita. Siapa yang mengkehendakinya. Sudah tentu tiada siapa diantara kita yang memilih untuk berada di episod duka.



Tetapi itulah kehidupan yang menjanjikan seribu satu kemanisan dan kepahitan untuk kita mengalaminya. Mungkin adalah cara yang terbaik untuk kita menilai kembali sepanjang kehidupan yang pernah kita lalui. Kerana kita mungkin alpa pada kehidupan yang pernah kita tempuhi dahulu. Di saat kita bergembira, cubalah kira banyak mana sahabat kita… adakah sama bilangannya apabila kita di dalam kesusahan.



Cuba fikirkan…..



Sahabat, perhubungan yang dijalinkan memberi makna yang amat besar bagi diriku. Mungkin aku alpa dalam mempertahankan persahabatan kita. Tapi aku juga hanyalah insan biasa. Maafilah aku andai aku telah mengguris hatimu. Tapi, jauh disudut hatiku, aku masih mengingati saat kita bersama.



Betapa banyak ranjau kehidupan yang telah kita rasa bersama. Apa yang terjadi diantara kita adalah mimpi yang tak pernah aku idamkan. Betapa aku amat mengharapkan suatu hari nanti kita akan kembali seperti dahulu. Kembali didalam gurauan yang bisa menyatukan kita semula.



Aku berdoa moga hari itu akan tiba jua sebelum nafas aku terhenti. Moga segala kekusutan yang melanda di antara kita akan kita uraikan bersama.Janganlah kau jauhi aku kerana peristiwa yang telah berlaku. Berikanlah ruang untuk aku memperdengarkan kisah di pihak aku sendiri. Mengapa menjerumuskan aku sebegitu rupa.



Adakah ini nilai persahabatan yang kau maksudkan? Memberikan aku satu tanggapan negatif terhadapmu. Aku cuba untuk menidakkannya. Tetapi semakin banyak aku mencuba, lebih banyak bukti yang ada itu muncul. Khilafkah aku?



Sesungguhnya mengenalimu tidak pernah aku kesali. Walaupun mungkin pernah terdetik dihati ini. Tapi setiap pertolonganmu aku hargai. Setiap jasamu aku sanjungi. Jua dirimu aku hormati. Setiap apa yang kau ucapkan buat diriku, aku jaga dan menjadi rahsia diantara kita. Tetapi apa yang telah dijanjikan sebagai pulangannya, adalah sesuatu yang tidak pernah menjadi igauan aku. Seboleh-bolehnya aku menjaga segalanya. Agar suatu hari nanti, tiada dendam yang akan terus mekar…



Melepaskan dirimu jua tidak aku ragui. Kerana janji itu telah dimungkiri. Siapalah aku untuk menghalang pemergianmu. Andai itu yang telah kau rancangkan dari dulu. Aku hanya persinggahan, tempat kau menumpang didalam meneruskan kehidupan. Aku hanyalah berfungsi sebagai dahan yang memang telah kau janjikan kereputannya. Akukah yang alpa atau masakah yang mencemburui kita. Lihatlah dunia, janji yang tidak pernah abadi ini. Dimanakan akan berakhirnya…


Sampai bilakah aku boleh bertahan. Ya Allah aku hambaMu yang lemah. Melakukan salah dibumi yang telah Kau turunkan aku. Aku mencari ruang untuk menebus segala khilafku. Moga sebelum aku kembali semula kesisiMu, aku telah menunaikan segala tanggungjawab aku di muka bumi ini. Aku memohon padaMu Ya Allah. Bantulah aku menemui redhaMu. Rahmatilah segala yang telah kau berikan dan aku jalankan di alam Mu ini.



Sahabat, aku menganggap apa yang telah terjadi diantara kita adalah antara ujian dan rahmat dariNya. Menguji sejauh mana kita mampu mengatasi segala rintangan ini. Menguji sejauh mana kebolehan kita berinteraksi. Menguji setebal manakah iman yang kita lindungi.



Anggaplah hikmah yang disediakan untuk kita adalah antara yang terbaik yang telah dijanjikan untuk kita dikemudian hari. Teruskanlah perjuangan kita mencari damai di hati, ketulusan dan kejujuran kehidupan ini. Doaku agar dikau sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang dariNya.



Moga ada pertemua semula sebelum perpisahan sebenar di antara kita.

InsyaAllah….



ku meniti awan yang kelabu


ku tempuhi lorong yang berliku


mencari sinar yang menerangi


kegelapanku


ku percaya nanti suatu masa


sang suria kan menyinar jua


membawa harapan yang menggunung


bersamanya


Engkau tiba bagaikan pelangi


Tanpa cahaya namun kau berseri


Tapi cukup menghiburkan hati ini


Seharian waktu bersamamu


Tak terasa saat yang berlalu


bagai pelangi petang


kau kan pasti pergi jua

Thursday, May 19, 2011

seindah,seikhlas, sejujur mana pun dia di mata kita..dia tetap manusia yang bisa untuk berubah pada suatu ketika..

2 comments
Cintailah si dia yang nyata mencintai kita..orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita demi orang yang dia sayang...tapi orang yang menyayangi kita akan sentiasa di sisi kita kerana di hatinya cuma ada diri kita...apa pun jangan terlalu mengharapkan cinta kerana cinta itu mampu untuk berputik, gugur dan berputik semula dan tidak mustahil berulang-ulang sehingga berbuah.seindah,seikhlas, sejujur mana pun dia di mata kita..dia tetap manusia yang bisa untuk berubah pada suatu ketika..

jika keikhlasan kasih sayang yg di berikan telah tidak dihargai maka biarkan ianya berlalu..jangan kita ada dendam dgn apa yg telah dia lakukan tp terus doakan moga dia bahagia dgn apa yg dia inginkan..terima lah hakikat kehidupan manusia boleh berubah sikap dgn sesaat walau kita telah mengenali menyayangi dirinya sekian lama...

Tuesday, May 17, 2011

cinta...

0 comments
rindu untuk kembali mencoretkan suatu kisah dan cerita yang aku namakan kenangan dan pengalaman..membuka ruang kebenaran dan pendedahan dengan menulis di sini..pasti akan membawa perjalanan yang jauh pada satu dunia...pengisian yang hanya aku tahu kenapa dan mengapa......

seorang cinta sedang asyik melihat handphonenya....
membaca balasan dan pesanan cinta dari cintanya....

tersenyum....dan tertawa penuh cinta.....
terbayang keletah cintanya..dengan penuh cinta.....

rindu yang ada dalam diri...penuh dengan bunga-bunga cinta...
harum dan mekar hanya untuk cintanya...

seorang cinta itu merenung keluar cermin kereta...
tersenyum sendiri..walau disepanjang perjalanannya hanya ada pepohon...
itu kuasa cinta.....

tersenyum......
terkecewa.......
termerajuk.....
tersenyum......

seorang cinta itu akan terus setia untuk cintanya....
dan akan terus percayakan cintanya......
akan terus menunggu cintanya....

seorang cinta itu akan terus menjaga dirinya untuk cintanya...
kerana dia mahu cintanya jua mampu menjaga dirinya.....

cinta membuatkan cintanya terus kekal mencintainya...
cinta membuatkan si pemerhati cinta..hanya mampu memerhati....

cinta membuatkan cintanya setia mencintainya....
cinta membuatkan si pemerhati cinta..akhirnya mengalah untuk merebut cintanya...

cinta membuatkan dunia ini penuh dengan cereka...
ceria..duka..gembira..sedih.....

cinta membuatkan si pemerhari cinta..diam....
si pemerhati cinta akan terus diam...
menyimpan semua yang ada dalam hati..sendiri...

cinta membuatkan si pemerhati cinta terasa penuh berdosa....
mencintai cintanya dalam diam...

kuasa cinta si cinta pada cintanya...
akhirnya membuatkan si pemerhati cinta mendoakan hanya yang terbaik untuk cinta dan cintanya...

cinta itu umpama kristal...umpama lelangit....umpama air...
jangan kau usik nakalnya...kelak berderai hancur semuanya...
jangan kau cemarkan udaranya.....kelak gelap dan kotorlah lelangitnya..
jangan kau cemarkan airnya..kelak berkeladak dan membusuk airnya....

pergilah si pemerhati cinta..
jangan kau teruskan langkahmu...
jangan kau tega pisahkan cinta dan cintanya...
cinta hanya perlukan cintanya...
cintanya hanya perlukan cinta..

pergilah...
bawalah dirimu.....berlalullah.....
jangan pernah datang dan jelmakan diri....

semadikanlah rasa mu wahai si pemerhati cinta...
buang dan hapuskan semuanya.....
jejak hati yang sepatutnya dari mula tiada....


~wah...tetiba menulis kisah cinta...hehehehe....sebab mungkin terasa ada aura cinta disekelliling..membuatkan penulisan kali ini lebih kepada cinta..melihat teman-teman makin sibuk mempersiapkan diri untuk masuk ke alam cinta yang sebenar..jelas..cinta membuatkan manusia boleh berubah menjadi 'gila'...senyum...ketawa....hehehehehehe...

indah!...

hanya itu yang mampu diucapkan...gelisah sesaat...bila tiada khabar si cinta.....saat berjauhan..rasa cemburu itu akan merasuk dalam fikiran..lalu jadi tak tentu arah......

betulkan..cinta membuatkan manusia menjadi gila....

Tuesday, May 10, 2011

jagalah perasaan masing-masing

0 comments
Bersyukurlah kerana masih ada terasa hati,sebab terasa dari hati menunjukkan perasaan seseorg...perasaan yg menunjukkan meminati,menyayangi,minat atau sebagainya...peraasan juga lahir dari hati yg ikhlas,tak kiralah sama ada baik atau buruk,dipaksa ataupun terpaksa...perasaan juga menunjukkan kesungguhan seseorg utk memiliki...peliharalah perasaan itu dgn sebaik baiknya...kerna bila perasaan itu dah mulai hilang takde gunanya lagi utk ditebus,dipujuk atau dirayu...

Sunday, May 1, 2011

thanks kepada awk yang sudi

1 comments
salam all..lama rasenye aku tak update blog...bukan tak nak update..busy ngan keje satu hal ditambah ngan kesihatan tak menentu...
pagi ni aku saje buang masa buka inbox email aku yang dah lama aku tak update. tiap2 hari bukak baca email tapi tak tau nak update inbox email aku tu. baru aku perasan dah beratus mail aku tak delete. sampai naik juling mata aku tengoknyer..
dah tak da keje nak buat. niat hati hari ni nak kosongkan inbox email aku. satu per satu aku delete tapi sbelum aku delete, aku buka & baca dulu email2 tu. mana tau kot2 ada email penting. kalau dah terdelete susah pulak nak dapat balik..huhuhuhu..dalam duk mendelete email, ada 1 email yang buat aku sayang nak buang. special betol email ni pada aku walaupun sebenarnyer email tu tidak membawa kegembiraan pada aku..huhuhuhuhu..untuk entry kali ini aku share dengan korang semua email yang aku dapat dari seseorang yang aku anggap istimewa di hati ini...ini emailnyer & aku harap penjelasan ini dapat membantu korang dalam mencari erti suka, sayang & cinta yang sebenar...

suka,sayang dan cinta itu berbeza..

suka:kita boleh suka sesiapa sahaja.suka pada sikapnya,suka pada peribadinya dan suka ciri dalaman dan luarnya atau apa sj..

sayang:kita juga boleh sayang sesiapa sahaja.sayang pada rakan/kawan kita,sayang pada keluarga ,sayang kepada pasangan hidup kita.

cinta:cinta hanya satu.cinta hanya untuk seorang lelaki atau seorang perempuan yang kita anggap istimewa dalam hidup..dari hati ke hati..

adakah kita "suka","sayang" atau "cinta" pada pasangan kita ??....pernahkah kita tanya pd diri & perasaan kita yg sebenar-benarnya ?..

itulah luahan kata2 dia dalam email yang dikirimkan pada aku tidak lama dulu..bila direnungkan kembali, ayat2 itu ada kebenarannyer. suka, sayang & cinta boleh jadi 3 perkara yang berbeza walaupun tergolong di dalam konteks yang sama iaitu perasaan..mungkin adakalanya kita terkeliru dengan perasaan kita sendiri sehingga menganggap cinta itu adalah sayang, sayang itu adalah suka & suka itu adalah cinta..tapi hakikatnyer tidak..
anda bagaimana pulak???
tepuk dada tanya selera...

Tuesday, April 19, 2011

ingat jugak awak kat saya :)

0 comments
Hello everybody.. Cam ner anda sume ari ni.. Saya harap anda sume sihat walafiat la yek.. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita semua..

Nak story ni.. Semalam kan hehehe...time tgh keje aku g mkn ngan staff aku sorang ni... makan kek kt secret resepi alamanda..xde menda menarik sgt pn nk cerita..cume 2je la..bukan selalu leh mkn kek kan...aku mmg suke sgt mkn kek..

semalam gak time aku minum petang kat starbuck coffee alamanda ade sorang awek ni tegur aku...ml2 terkejut gak aku ye la tb2 ade orang tegur....aku sembang lah ngan awek tu....rp2 dia knl aku...mcm ne lah aku leh tak knl dia....rupanya awek tu seangkatan ngan aku ms kat kolej dl...tergelak jgk la aku time tu...just dl dia ambik kos lain mase kat kolej...aku pernah satu kumpulan ngan dia masa minggu orentasi....yang lawak nye awek tu leh cite semua yg belaku time minggu orentasi kat kolej dl...

ingat jgk dia kat aku...nama dia nadia...xlist skrg dia kerja kat MAJLIS PERBANDARN PUTRAJAYA...sembang punya sembang smpai aku tak sangka dah nak malam....lepas tu dia kate nak tggu aku lik kerja...aku kate ok jew...dia sggp tggu aku balik kerja kol 10 mlm...smlm time aku nak balik tu dia teman kan aku g klinik yg buka 24 jam dekat nilai....ambik ubat sikit maklum lah aku mmg tak sihat...lepas sattel semua tu dia ajak aku g makan...aku cakap kat dia tak payah lah susah2 lagi pon aku mmg dah kenyang time tu...dia kate tak nak takpe lah....aku just ajak dia g minum jew....lepas minum aku teman kan dia smpai parking kereta....aku sempat ucapkan thanks kat dia coz temankan aku tok seketika....

aku balik dengan happy jew....smpai umah aku mandi2 n terus tido....penat sangat smpai terlupa nak sidai baju dalam mesin basuh...thanks kat awk coz still ingat kat ady walaupon dah lm tak jumpe.....itu lah di namakan kwn.....

pagi ni aku keje mcm biase...penat semalam tak hilang lagi...pagi2 dah on9...smpai staff aku tanye ok tak? aku cakap ok jew....nak wat mcm ne keje kan....hari ni ade meeting ngan manager....banyak benda kena prepair....ok lah aku ade keje nak buat ni...ape2 hal aku on9 kat fb...fb aku sentiasa on tp kalo aku tak balas msg kat fb tu makna nye aku busy...k lah semua jumpe lg di entry yg akn datang...sayang kamu semua

Sunday, April 17, 2011

nape susah sangat nak tidur malam nie

0 comments
>Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi..
Aku masih segar..
Berjaga seperti si burung hantu..
Mata aku jelas menatap skrin lcd komputer riba ini..
Menekan-nekan kekunci di atasnya…
Aku pun tidak tahu apa yang aku patut coretkan..
Dalam blog aku yang tidak seberapa ini..
Namun begitu…
Aku kebosanan..
Aku buntu..
Apakah yang aku harus lakukan..
Untuk melelapkan mataku ini..
Tidur dengan lena..
Diulit mimpi yang indah..
Yang kadang-kalanya ngeri juga..
Dikejar gergasi lipas.
Mungkin aku patut kira kambing biri-biri..
Tapi aku lupa rupanya..
Aku ingin kira-kira juga..
tapi Matematik membuatkan aku lagi segar..
Ahhh apa yang patut aku lakukan..
Berjogging? Angkat berat?
Lagi cergas aku dibuatnya..
Angkara adrenalin yang mengalir..
Mungkin aku patut menulis..
Berkarya seperti biasa..
Tetapi aku kekeringan idea.
Jadi terhasilah entry..
Yang sangat membosankan..
Selamat Malam

Thursday, April 14, 2011

dunia kejar jugak tp akhirat jgn abaikan

0 comments
salam semua..ni baru ade kelapangan waktu untuk aku mengupdate blog...tu pon dah kol 2 pagi...balik keje td aku lepak kat alamanda jap..ptg td mase kat tmpt keje aku sempat update blog...minggu ni mggu yang memenatkan...walaupon kesihatan masih lom stabil tp tanggungjawab yang diamanahkan kat tmpt keje aku terpaksa gagahkan diri tok datang kat tmpt keje...hari isnin lepas masok2 jew kerja de function ngan JABATAN PERDANA MENTERI...perghhh penat gak la..nasib baik semua berjalan ngan lancar...thanks to all staff yang menjayakan nya...anda semua mmg terbaik..masuk jew bulan april ni function leh dikatakan tiap mggu de...pagi tadi ade function dari JABATAN TEKSI LIMO SEPANG..
jumaat ni pulak ade function dari JABATAN PENDIDIKAN MALAYSIA....walaupon tak shat aku msh kuat menjalankan setiap tugas yang diamanhkan...paperwork tak payah cite la...bulan 3 punya report aku tak sattelkan lagi...adoi....2 hari lepas manager aku tanye...report bula 3 dah siap kew...selamba jew aku jwb nanti2 la....nasib baik manager ok...kalo dapat manager yg garang tak tahu la aku....banyak paperwork aku tak siapkan lagi...esok pagi2 pas sattel semua urusan aku nak sattelkan segala paperwork...bulan 5 ni plan nak ambik cuti...nak g rehat2kan minda...tgglkan sekejap urusan kerja...syukur sekarang ni busy mcm mana sekali pon aku still ade mase untuk lakukan tanggungjawab sbg umat islam...dunia kejar jugak tp akhirat jgn abaikan... mungkin berkat doa aku selama ni segala urusan dunia aku dapat tempuhi dengan tenang...dunia ni bkn kekal untuk kita...akhirat jgk tmpt abadi kita....kita tak tahu umur kita ni smpai bl...bl2 masa je ALLAH s.w.t boleh ambik kita...dah lewat pagi ni...masa untuk tidur...oklah ape2 hal aku akan update dimasa yang akan dtg..tak pon ady akn update kat FB k..bye all...

Wednesday, April 13, 2011

thanks atas pengorbanan kalian

2 comments
salam all...lama tak update blog...last update ary tu....sabtu n ahad itu ary aku cuti...plan nak g melaka cancel pulak tu...coz member aku busy...ary sabtu tu mmg aku rase tak shat....mmg rase something jew...so aku pon dok umah jew la..petang sabtu aku keluar g makan dekat restoran pinggiran putra....sedap gak la masakan dia...time tu aku order la mkn....terign plk nak mkn pedas...pada hal aku tahu akibat bl mkn mknan pedas...lepas makan2 tu aku g dataran nilai jap malam tu lepak2 tengok budak2 kete...dalam jam 12 mlm aku br lik....balik umah badan mmg rase penat...lepas mandi2 n selesai semua aku pon melabuhkan badan kat atas tilam....tak tahu kol pe aku tido malam tu...sedar2 jew dah subuh...bangun jew pagi tu perut aku rasa lain macam dah...aku dah agak dah ni semua kesan aku mak pedas semalam....memang tak senang duduk aku pagi tu...aku makan ubat jap..relax2 dah tu ok...aku igt kan ok terus....dah tu mlm dia dtg balik...adoi sakit tol kepala memikirkan kesihatan aku ni...member aku ajak g hospital mlm tu gak....dalam kol 10 mlm member aku jak aku g hospital colombia kat seremban...coz dia ade kenal ngan doktor kat situ....sorry susah kan awk TIKA...thanks ats bantuan awk malam tu....kalo awk tak de ady tak tahu la ape yg akan jadi kat ady....ady hargai segala pengorbanan awak tika...thanks gak kat kwn awk tu coz sudi teman kan awk mlm tu....
smpai jew kat hospital aku terus daftar msok...pas tu aku msok wad...tak lama pastu doktor smpai...dia suruh aku wat X-ray kat bahagian perut aku.....nak tak nak aku ikot jew pe yg doktor tu suruh....dah sattel semua doktor kate usus aku nipis sgt2...aku tak leh nak kate ape...sbb ku th ni semua silap aku...abaikan kesihatan sendiri...doktor pesan suruh aku datang balik untuk pemeriksaan selanjutnya...lepas sattel semua aku pon balik umah....tak tahu kol brp aku smpai umah.....

kat bawah ni aku kenalkan diaorg yg sggp berkorban tok aku n selalu wat kan aku happy...thanks kalian..kalian semua mmg terbaik.... ady sayang kalian semua....


ni tika member ady....dia mmg baik aty selalu tolong ady....sggp sshkan diri tok ady...thanks tika atas pengorbanan anda ahad lepas...ady hargai sangat2... :)





ni member yang sporting...ida namanye...selalu ambik berat pasal ady....thanks ida wat kan hari2 yang ady lalui begitu ceria.... anda mmg terbaik....





oklah rmai lg sebenarnya yang selalu wat kan ady appy...tak sempat nak ceritakan coz seminggu ni mmg busy ngan kerja...bukan bermakna lp kat korang tp ape2 hal ady update kat FB k....ni pon baru dapat free jap kat tmpt keje...spend cikit mase tok update blog...yang kat FB tu ade komen2 yang tak balas or msg tak balas kew sorry ye...bukan sombong...tp busy ngan keje ditmbah lg ngan kesihatan yang tak menentu...

oklah ape2 hal jom sembang kat FB k....sayang kalian semua....

Saturday, April 9, 2011

bimbinglah aku

1 comments
x sangke pejam celik da msok bulan 4..i cud say there were so many things happened to me.too many bittersweet memories.ALHAMDULILLAH aku dpt handle semuanye dgn baik.think so.kalo org2 yg terdekat dgn aku for sure tau pahit maung yg aku lalui sepanjang taun lepas.tp dlm pahit2 tu..selalunye ending die manis.ade jugak yg pahit smpai hari ini.org kate benda yg lepas jgn dikenang.tp bg aku..yg lepas tu la patut dikenang spy akan datang pisang takkan berbuah dua kali.maybe diorang takmo aku sakit lg.apepun sume tu mematangkan aku.aku rs aku byk belajar ttg kehidupan.selalu aku nampak yg baik je dlm kehidupan ni.tp taun 2011 da membukakkan mate aku..minda aku..ttg erti kehidupan yg sebenar.aku bergaul dgn mcm2 jenis org.they are part of my journey.bkn sume org baik dalam dunia ni.aku igtkan aku ni jahil.rupenye ade yg lebih jahil dr aku.dan aku igtkan aku ni unlucky.rupenye ade yg lebih unlucky dr aku.aku bersyukur sbb Allah sentiasa memberikan yg terbaik buat aku.walau pd awalnya aku pernah terdetik ttg "ketidakadilan" dlm hidup aku ni.aku tau aku berdosa.aku mohon ampun.tp aku belajar dr kesilapan aku.setiap yg terjadi ade hikmahnye.aku mula nampak sedikit demi sedikit hikmah di sebalik terjadinya semua kepahitan ini.akhirnya aku akur dgn qada dan qadar dr yg Esa.dan aku mohon drNya..lindungilah aku..bimbinglah aku..dan moga Dia sentiasa memberikan yg terbaik buat aku..AMIN..

Tuesday, April 5, 2011

Tolong ingatkan aku

0 comments
Kalau aku lalai, Tolong Ingatkan Aku..

Kalau aku lupa, Tolong Ingatkan Aku..

Kalau aku leka, Tolong Ingatkan Aku..

Kalau aku tak sedar, Tolong Ingatkan Aku

Kalau aku tak ingat, Tolong Ingatkan Aku..


Monday, April 4, 2011

demam selsema

0 comments
Arini demam selsema datang melanda..
Pas makan ubat selsema tadi...
Mengantuknya rasa bagai dibuai-buai...
Tak larat langsung nak membulatkan mata...
Cuma terfikir,bilalah boleh lelapkan mata..:'(

Nak tido jap..
harap-harap akan ok bila bangun nanti....

cinta dan persahabatan

0 comments
antara cinta dan persahabatan..
andai ku diberi pilihan untuk memilih di antara keduanya
akan ku pilih kedua-dua nya..
kerna bagi ku ia sama beerti dan bernilai dalam hidup ku..
CINTA….
satu ungkapan yang belum pasti akan keindahan nya..
kerna disebalik keindahan cinta itu tersirat 1000 kepahitan
pastinya merentap kedamaian jiwa
seorang pencinta yang setia
takala ikatan dirundung kecewa
namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
yang punya hati dan perasaan
hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini
tak terungkai dengan bicara di bibir
tak tergambar dengan lakonan
begitu syahdunya kurniaan ilahi lahirnya dari hati seorang insan
bakal beremosi,penyayang dan beperasaan..
PERSAHABATAN….
satu ikatan yang lahir dari hati,keinginan yang ikhlas
bagi berkongsi tangis tawa,kasih sayang dan keakraban
sesungguhnya sahabat adalah tempat berbicara setulusnya..
tentang impian dan pengertian hidup ini
persahabatan yang suci dan murni
adalah sebuah perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran, di warnai dengan keikhlasan dcurahi dengan kasih sejati
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan
teman yang budiman..
mengertilah maksudku ini..
sesungguhnya apa yang tersimpul di hati kecil ku ini sejak perkenalan kita…
kita bina tugu persahabatan
yang dpagari besi kedewasaan
yang teguh bediri megah di laman hati kita
tak tumbuh dek rintangan
hanya satu ku pinta
agar dikau sentiasa mengingati diriku ini..

Friday, April 1, 2011

DIRIMU ISTIMEWA DIMATAKU

0 comments






khas tok seseorag yang membuatkan aku bahagia....thanks awk...walaupon awk busy tp awk still ade mase tok saye....

Wednesday, March 30, 2011

Selamat Malam

0 comments
Mata mengantuk sangat2....
seperti biasa aku tido berseorangan setiap hari....
nak layan tv cite semua tak best langsung, wat abis duit je pasang astro yang semakin merapu siarannya...
(tapi nak tengok bola punya pasal terpaksa la langgan)
perut tak brape nak kenyang....
bantal tak brape nak empuk....
baik aku tido sekarang sebab sok nak bangun awal...
selamat malam rembulanku selamat malam bintang2ku selamat datang mimpi2ku selamat tidur sahabat2ku selamat malam dan selamat hari esok mari kita sambut cahaya terang dgn suka cita

Rindu Yang Tiada Penghujungnya

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama rasenye aku dah tak balik kampung, hati terasa terpanggil menulis di sini…

Rindu sebenarnya…

Rindu pada yang tersayang..

Rindu pada kenangan..

Rindu pada kebiasaan..

Rindu pada segala-galanya yang rutin pada hati..

Melihat negari orang membuatkan hati terasa ada benarnya pepatah Melayu..hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, baik lagi di negeri sendiri..

Budaya,bahasa,masyarakat dan makanannya berbeza..

Mungkin sama tapi tak serupa..

Dan yang pasti hati digamit rindu..

Terasa jauhnya dari semua..belajar hidup sendiri..benar2 sendiri..cuma ada rakan2 yang sama2 turut berjuang mengejar cita2..

Rindu lagi..

Rindu pada kenangan yang mana mungkin bisa diulang..jauh ditinggalkan namun tidak mungkin dilupakan..

Rindu pada kebiasaan yang juga tidak mungkin dibiasakan lagi..

Mungkin kesibukan akan membuatkan diri sedikit terleka..namun pasti ada masanya teringat jua..

Rindunya..cuma bisa diluahkan pada sehelai kertas..sekadar meredakan sedikit rasa di hati..mungkin di luar tersenyum..namun di dalam, hanya Dia Yang Tahu..

Hati sering rindu..terlalu rindu…

Segalanya Bermakna..

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim…

Baru-baru ini keluar dengan seorang teman yang sentiasa di dalam hati..

Terurai sudah ikatan rindu yang disimpul kemas dalam lipatan hati..

Niat di hati ingin berbicara tentang…

Satu-satunya tentang dia yang menjadikan dia istimewa…

Pada mulanya diri kurang menyedari atau hakikatnya kurang peka terhadap setiap perkara yang dilakukannya..

Sehinggalah ‘kehilangan’ mengajar erti bahawa ada ‘sesuatu’ tentang dia yang selama ini tidak disedari…

Setiap perbuatannya pasti ada makna di sebaliknya…

Kelebihan yang membuatkan dirinya sentiasa diingati…

Sentiasa dirindui..

Mungkin bagi orang lain ianya hanyalah perkara remeh tapi tidak bagi dia..

Dan kelebihan itulah yang membuatkan ingatan ini sering terlayang mengingatinya..

Istilah ‘baju rindu’, ‘lagi’, ‘teman hati’, mesej kosong..koma dan noktah..huruf ‘y’ bertanda..semuanya punya nilai dan makna yang tersendiri..

Dan setiap perbuatannya itu pasti akan membuatkan diri ini mengukir senyuman setiap kali terkenang..

Dan kerap juga membuatkan hati ini tersentuh…

Dia bermakna kerana dia memberi makna..

Dia lebih rela memilih untuk dilukakan daripada melukakan..

Dia tenang dalam tak tenang..

Kadang2 hati tidak dapat meneka..sama ada dia marah atau tidak, suka atau tidak, selesa atau tidak..semuanya dijawab hanya dengan sebuah senyuman..

Dia yang gemar berselindung…menyimpan dan mengubati lukanya sendiri…

Kadang2 hati kecewa kerana gagal menyelami apa yang tersimpan di dasar hatinya..

Cuba

menyelami tapi dia punya kebolehan ‘mengelat’..dan akhirnya persoalan hanya tinggal persoalan..

Tapi katanya, “Lama-kelamaan pasti akan faham juga…”

Ya..lama-kelamaan..ukhwah itu lazimnya hingga akhir hayat bukan??

Seperti kata mak, “Seumur hidup juga tidak cukup untuk kita mengenali seseorang..”..

Segalanya bermakna bukan sahaja bagi dia..tapi juga bagi hati ini yang baru menyedari makna di sebaliknya..

Tuesday, March 29, 2011

indahnya dunia ini

0 comments
Ingat post yang lalu…?? Tentang MATAHARI, HUJAN & PELANGI…??

Sebenarnya sesekali MATAHARI ada jengah saya juga…mustahil bukan utk sentiasa kehujanan kalau sudah berpayung…mungkin akan sedikit kehujanan jika payungnya berlubang sana sini…

Tapi saya gembira kerana MATAHARI yang saya selalu tunggu, jengah saya juga akhirnya…walaupun tanpa PELANGI, tapi cukup untuk buat saya tersenyum memandang MATAHARI…tadi saya tanya juga kat MATAHARI..ke mana lama menghilang..?? tak ingat kat saya ke…?? tapi MATAHARI sekadar tersenyum…membalas senyuman saya mungkin…

(Redup…sedap mata memandang…)

Saya sekadar beranggapan…

Mungkin sebelum ni MATAHARI busy…jadi dia tak leh jengah saya selalu….

Mungkin HUJAN lebih sesuai untuk jengah saya selalu daripada MATAHARI…takut2 saya terbakar oleh bahangnya…

Mungkin PELANGI malu untuk muncul selalu…yelah…PELANGI cantik…kalau muncul selalu, akan pudar kecantikkannya sebab akan terbiasa…jadi kene sesekali datang menjengah, supaya bila sesekali PELANGI muncul, saya tahu menghargai & menikmati kecantikkannya…jadi takleh jengah saya lagi buat masa sekarang ni…

Tapi yang pasti, saya tersenyum kerana bukan selalu MATAHARI akan ingat saya…sinarnya tidak terik…redup…cukup untuk membuat saya tersenyum memandangnya….

Gembira…kerana sesekali MATAHARI ada jengah saya juga…

(Cantikkan..? Bertuah kerana bilik saya bertentangan dgn sunset..)

Cuma sekarang saya menanti kehadiran MATAHARI berserta PELANGI…

Sesekali datang menjengah, hanya Tuhan yang tahu, betapa saya menghargainya…









Kemaafan….

0 comments

Assalamualaikum


Kalian tahu…beberapa bulan kebelakangan ini ada banyak perkara yang menyesakkan hati….


Berkisar dengan tajuk post kali ni…kemaafan…sepanjang hidup saya, saya banyak memaafkan tetapi hanya sedikit meminta secebis maaf itu..entah kerana apa…


Mungkin hati manusia kadang2 terlalu ‘kebal’ untuk mengakui kesilapan sendiri…



Teman lama pernah memberitahu saya antara 9 perkara yang tak selalunya mudah untuk dilakukan


Yang pertamanya adalah meminta maaf dan melupakan…yang kedua mengakui kesilapan…mungkin kerana itu, boleh dikira dgn jari hanya beberapa kali saya meminta maaf sepanjang hayat saya…dan rasanya tiada yang mampu saya lupakan setiap kali saya memaafkan…



Pertama kali saya jumpa makna kemaafan itu adalah ketika menonton sebuah cerita Korea, “A Moment to Remember”…ada satu bahagian dalam ceritanya yang membuatkan saya berfikir…heronya, Choi, memusuhi ibunya sendiri kerana menyerahkan dia dalam jagaan seorang atuk tua yang garang…



Pada malam dia diserahkan, dia menunggu sepanjang malam sambil menangis, menanti ibunya mengambil dia semula…malangnya harapan tinggal harapan & sejak malam ditinggalkan itu dia bertekad tidak akan memaafkan ibunya…dan sejak itu dia tidak pernah menangis kerana baginya, air matanya telah kering pada malam dia ditinggalkan…


Setelah berkahwin, isterinya ingin tahu tentang ibu Choi, menyebabkan Choi terlalu marah…dan tahu apa yg dikatakan isterinya setelah dorg bergaduh…?


“Forgiveness isn’t that hard…forgiving is giving your hate just a little room in your heart…it’s just giving away just a room in your heart…”


Sampai sekarang kata2 itu sentiasa di hati saya……



Bagi saya…biarlah yang sekarang ini kekal seperti sekarang…..forgiving is actually for me, it is not easy but it is simple too…that’s what life is…it’s a series of rooms…and who we get stuck in those rooms with, adds up to what are lives are…



If you’re happy, i feel happy for you…don’t turn back…life goes on & never goes back…that’s why sometimes, somethings will never happen again…it’s just remain…& never feel the same…again…


And don’t worry…i’ll never forget too…tak mungkin & tak pernah lupa…impossible right to forget somebody that we’re used to get closed to…

Tak terasa bila dia datang tapi sayu bila dia tak kembali….


Dia datang tanpa seruan dan dia pergi tanpa alasan…


Mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada memiliki tapi tak menghargai….


Kejarlah ia sebelum hilang dari pandangan…..



Ukhwah itu seperti angin…hanya sesekali datang menyapa…..takkan datang selalu…..dan sekali sekala ia hadir dan kita terlepas, jarang ‘angin’ yang sama akan datang semula…..


Dan untuk sekian kalinya….terima kasih….

mungkin ini hanya kebetulan

0 comments

Assalamualaikum…

Emm sekadar ingin meluah sedikit rasa yang dilalui sejak akir-akhir ini

Bermula hanya sekadar suka-suka untuk ber’sms’ akhirnya membawa kepada satu perkenalan yang amat indah…terasa baru sekejap atau hakikatnya memang singkat perkenalan kami dalam erti kata perkenalan secara informalnya..

Cantiknya susunan takdir dan pastinya kadang2 kita rasa seolah takdir mempermainkan kita..

Tapi itulah yang dilalui sepanjang minggu ni..hadirnya tanpa seruan,datangnya tanpa diundang dan akhirnya ia membawa kepada perkenalan yang pasti meninggalkan 1001 kenangan dan pengalaman yang tak bisa dilupakan sepanjang hidupku…

Dia yang lembut,amat lembut..kadang2 terasa kalah dengan kata2nya..mudah sangat cairnya..dia tak memaksa tapi pandai memerangkap dengan soalan2 yang tak mampu ditepis..

Tak tahu macam mana nak mentafsir apa yang dirasa..cuma bila berhubung dalam sms..terasa rindu..ya…rindu…rindu dengan kata-katanya…dan akhirnya bila dia berkate2…tiba2 terasa kaku..mungkin bercampur dengan sedikit rasa segan..

Dan lagi satu instinctnya…dia tidak menyebut instinct tapi gerak hati..hahaha..tahu apa yang ingin diluahkan tapi tak mampu untuk diungkapkan..

Emmm..seminggu yang berlalu ni terasa indah..dia mengisi ruang dalam hati..hahaha..dalam seminggu saja, dia berjaya merubah my rutin..tak tau macam mana nak diungkapkan ..cuma yang pastinya..terasa bahagia..amat bahagia…

Thanks to God coz memberi peluang untuk mengenali walaupun sekadar dari kejauhan..

Mungkin itu yang tersurat..atau mungkin semuanya sekadar kebetulan..hahaha..teringat sms nya yang berbunyi:

*rindu la tu hehehe* bila tanye dia lik dia kate biarlah rahsia

Hahaha..bahasanya lembut..seolah2 terasa sentuhannya..jauh meresap ke dalam hati…dia jujur meluahkan apa yang dirasa dalam setiap sms nya..dan yang pasti setiap sms nya akan membuatkan sekeping hati ni tersentuh dan terharu..dia ambik berat tentang diri ini...dia selalu tnye

*ady shat?

*ady dah mkn?

tak payah jwb pon dia dh tahu jawapan yg aku berikan....

Cuma ada sedikit rasa takut andai dia tiba2 hilang kerana pernah terasa peritnya sebuah perpisahan..hati..kalau sudah mula menyayangi…

Entah..tak tahu apa yang dirasa..hanya sekalung harapan agar ukhuwwah yang baru terjalin ini berkekalan ke akhirnya..dan membawa 1001 kebahagiaan dan kegembiraan pada sekeping hati yang pernah terluka…

Amin…



Sunday, March 27, 2011

Assalamualaikum

1 comments
Rindu bl tak update blog hehhehehhehe... Maklumlah, lately nih memang aku agak sibuk sikit dengan rutin harian dan kerja kerja di JM ... Hendak tak nak, aku kene buat juga... Begitulah hakikat kerja makan gaji ini... Lainlah kalau JM ini aku yang punya... Kan best !! Berangan saja aku ni...

Tadi, masa aku keluar dengan kawan baik aku; aku tersentap kejap... Aku tak sangka dan macam tak percaya dengan apa yang aku dengar dari mulut rakanku ini... Dalam hati, berkecamuk dengan pelbagai perasaan... Perasaan yang tak tahu macam mane hendak aku luahkan... Aku bersyukur, even bila dia bercerita, aku tak kisah sebab aku sudah stabil... Jauh dalam benak hatiku, perasaan yang selama ini aku jaga dan simpan kian lama kian pudar dan hilang... Biarlah, aku rela dengan semua ini... Sekurang kurangnya, aku tak perlu nak fikir pasal semua ini... Aku tak perlu nak menempuh hari hari suram yang membelenggu hidupku sebelum ini... Aku redha dengan ketentuanNya... Mungkin tiada rezeki aku dapat bersamanya dan kalian selepas ini tak perlu lah mendengar kisah sedih dan membosankan ini lagi... No more sad story yaa.....

Aku rasa happy sangat sebab rakan baik aku ini telah menemui apa yang dicarinya selama ini... Jelas terpancar diwajahnya kegembiraan dan kepuasan... Sampai bawak kereta pun tersengeh sengeh... Aku tumpang gembira kerana selama ini dia banyak bermuram muka... Tidak ceria sepanjang masa... Makan hatilah katakan... Tulah nasib badan... Kadang kala apa yang kita lalui tidak semestinya indah belaka... Terima hakikat dengan seadanya...

Bila aku lihat akan perubahan dirinya sekarang, adakalanya aku jadi cemburu... Bukan kerana tidak suka, tapi kerana apa yang dia ada sekarang... Bilalah masa aku akan begitu? Akan tibakah hari itu? Waktu itu? Aku sendiri tidak pasti dan tidak tahu... Biarlah keadaan yang menentukan...

Saban hari aku memikirkan, akhirnya aku faham... Aku tahu dia bukan milikku... Walau apa pun aku lakukan, tidak akan merubah keadaan... Jika dulu, mungkin aku terseksa tapi tidak lagi kini... Aku sudah dapat menerima hakikat bahawa 'cinta' hanya hadir sekali dan sukar untuk kembali lagi... Seperti yang telah ku nukilkan sebelum ini, ku mohon... ku serahkan segalanya padaMu Tuhan... Kau lebih mengetahui...

Ku letakkan titik noktah disini agar ianya tidak akan berlanjutan lagi... Lagipun, sampai bila kalian nak mendengar celoteh macam nie kan? Naik muak dah membacanya... Ape ape pun, ibarat kata Siti Nurhaliza; "Biarlah Rahsia"...Biarlah semua ini menjadi rahsia hidupku... Untuk si dia, aku doakan semoga dia bahagia dan berjaya dalam bidang yang ingin diceburinya....

Friday, March 25, 2011

Assalamualaikum....

0 comments
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM...... Apa khabar hati? Masihkah ia seperti embun? Menunduk tawaduk di pucuk2 daun... Masihkah ia seperti batu karang? Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian... Apa khabar iman? Masihkah ia seperti bintan...g? Terang benderang menerangi kehidupan.... Apa khabar?semoga ALLAH sentiasa melindungi menjaga serta memberi kesihatan hari ini,esok dan selamanya buatmu y ku panggil teman.... PERKATAAN Y CANTIK ALLAH D MUHAMMAD.... LAGU Y MERDU AZAN... NOVEL Y MENARIK AL-QURAN..... SENAMAN Y BAIK SOLAT.... DIET Y MUJARAB PUASA.... DUHAI HATI SEMOGA KITA TERUS BERISTIQAMAH KEPADANYA..... AMIN YAALLAH....

Wednesday, March 23, 2011

disini semuanya bermula

0 comments












































Hanya kepada-MU aku berserah.

0 comments
Aduhhh…Kenapa malam ini aku susah tidur..
Jam didinding kamarku sudah pukul 1 pagi..
Kekiri kekanan pusingkan badan, aku menjadi resah..
Ya..hatiku resah…
Lalu aku bangkit dari tilam emput ini..
Menuju ke bilik air untuk membasahkan anggota tubuhku..
Aku basahi tubuhku dengan wuduk..
Kesejukan dan kesegaran air membuatkan hatiku segar…
Sesegar seperti dedaun yang disirami embun pagi…
Aku menuju ke sejadah..
Menunaikan tahajud 2 rakaat…
Selesai bertahajud, aku mengangkat kedua tanganku
Menadah memohon keampunan serta mencari keredhaan-MU…
Dalam doa ku kesali segala perbuatanku
Aku banyak melakukan kesilapan dan melanggar perintah-MU
Tanpa disedari, air mataku mengalir tanpa dipaksa…
Mengalirnya bersama kekesalan dan keinsafanku..
Selama ini aku banyak melakukan dosa terhadap-MU Ya ALLAH…
Kini ku mencari keredhaan-MU
Tunjukkanlah aku jalan yang engkau redhai..
Kepada hamba-MU yang hina dina ini..
Engkau pimpinlah aku agar menjadi manusia taat..
Taat segala perintah dan suruhan-MU..
Dalam mencari redha-MU
Aku nekad tidak akan ulangi segala perkara yang Engkau larangi..
Dengan pimpinan-MU, hati ini menjadi tenang..
Setenang air dikali..
Syukur dan terima kasih aku ucapkan..
Hanya kepada-MU aku berserah..
Segala kehidupanku hanya untuk-MU…

Agar aku menjadi manusia soleh…