kAmU SeMuA yAnG tErBaIk

Wednesday, March 30, 2011

Selamat Malam

0 comments
Mata mengantuk sangat2....
seperti biasa aku tido berseorangan setiap hari....
nak layan tv cite semua tak best langsung, wat abis duit je pasang astro yang semakin merapu siarannya...
(tapi nak tengok bola punya pasal terpaksa la langgan)
perut tak brape nak kenyang....
bantal tak brape nak empuk....
baik aku tido sekarang sebab sok nak bangun awal...
selamat malam rembulanku selamat malam bintang2ku selamat datang mimpi2ku selamat tidur sahabat2ku selamat malam dan selamat hari esok mari kita sambut cahaya terang dgn suka cita

Rindu Yang Tiada Penghujungnya

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama rasenye aku dah tak balik kampung, hati terasa terpanggil menulis di sini…

Rindu sebenarnya…

Rindu pada yang tersayang..

Rindu pada kenangan..

Rindu pada kebiasaan..

Rindu pada segala-galanya yang rutin pada hati..

Melihat negari orang membuatkan hati terasa ada benarnya pepatah Melayu..hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, baik lagi di negeri sendiri..

Budaya,bahasa,masyarakat dan makanannya berbeza..

Mungkin sama tapi tak serupa..

Dan yang pasti hati digamit rindu..

Terasa jauhnya dari semua..belajar hidup sendiri..benar2 sendiri..cuma ada rakan2 yang sama2 turut berjuang mengejar cita2..

Rindu lagi..

Rindu pada kenangan yang mana mungkin bisa diulang..jauh ditinggalkan namun tidak mungkin dilupakan..

Rindu pada kebiasaan yang juga tidak mungkin dibiasakan lagi..

Mungkin kesibukan akan membuatkan diri sedikit terleka..namun pasti ada masanya teringat jua..

Rindunya..cuma bisa diluahkan pada sehelai kertas..sekadar meredakan sedikit rasa di hati..mungkin di luar tersenyum..namun di dalam, hanya Dia Yang Tahu..

Hati sering rindu..terlalu rindu…

Segalanya Bermakna..

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim…

Baru-baru ini keluar dengan seorang teman yang sentiasa di dalam hati..

Terurai sudah ikatan rindu yang disimpul kemas dalam lipatan hati..

Niat di hati ingin berbicara tentang…

Satu-satunya tentang dia yang menjadikan dia istimewa…

Pada mulanya diri kurang menyedari atau hakikatnya kurang peka terhadap setiap perkara yang dilakukannya..

Sehinggalah ‘kehilangan’ mengajar erti bahawa ada ‘sesuatu’ tentang dia yang selama ini tidak disedari…

Setiap perbuatannya pasti ada makna di sebaliknya…

Kelebihan yang membuatkan dirinya sentiasa diingati…

Sentiasa dirindui..

Mungkin bagi orang lain ianya hanyalah perkara remeh tapi tidak bagi dia..

Dan kelebihan itulah yang membuatkan ingatan ini sering terlayang mengingatinya..

Istilah ‘baju rindu’, ‘lagi’, ‘teman hati’, mesej kosong..koma dan noktah..huruf ‘y’ bertanda..semuanya punya nilai dan makna yang tersendiri..

Dan setiap perbuatannya itu pasti akan membuatkan diri ini mengukir senyuman setiap kali terkenang..

Dan kerap juga membuatkan hati ini tersentuh…

Dia bermakna kerana dia memberi makna..

Dia lebih rela memilih untuk dilukakan daripada melukakan..

Dia tenang dalam tak tenang..

Kadang2 hati tidak dapat meneka..sama ada dia marah atau tidak, suka atau tidak, selesa atau tidak..semuanya dijawab hanya dengan sebuah senyuman..

Dia yang gemar berselindung…menyimpan dan mengubati lukanya sendiri…

Kadang2 hati kecewa kerana gagal menyelami apa yang tersimpan di dasar hatinya..

Cuba

menyelami tapi dia punya kebolehan ‘mengelat’..dan akhirnya persoalan hanya tinggal persoalan..

Tapi katanya, “Lama-kelamaan pasti akan faham juga…”

Ya..lama-kelamaan..ukhwah itu lazimnya hingga akhir hayat bukan??

Seperti kata mak, “Seumur hidup juga tidak cukup untuk kita mengenali seseorang..”..

Segalanya bermakna bukan sahaja bagi dia..tapi juga bagi hati ini yang baru menyedari makna di sebaliknya..