kAmU SeMuA yAnG tErBaIk

Wednesday, March 30, 2011

Selamat Malam

0 comments
Mata mengantuk sangat2....
seperti biasa aku tido berseorangan setiap hari....
nak layan tv cite semua tak best langsung, wat abis duit je pasang astro yang semakin merapu siarannya...
(tapi nak tengok bola punya pasal terpaksa la langgan)
perut tak brape nak kenyang....
bantal tak brape nak empuk....
baik aku tido sekarang sebab sok nak bangun awal...
selamat malam rembulanku selamat malam bintang2ku selamat datang mimpi2ku selamat tidur sahabat2ku selamat malam dan selamat hari esok mari kita sambut cahaya terang dgn suka cita

Rindu Yang Tiada Penghujungnya

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim…

Lama rasenye aku dah tak balik kampung, hati terasa terpanggil menulis di sini…

Rindu sebenarnya…

Rindu pada yang tersayang..

Rindu pada kenangan..

Rindu pada kebiasaan..

Rindu pada segala-galanya yang rutin pada hati..

Melihat negari orang membuatkan hati terasa ada benarnya pepatah Melayu..hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, baik lagi di negeri sendiri..

Budaya,bahasa,masyarakat dan makanannya berbeza..

Mungkin sama tapi tak serupa..

Dan yang pasti hati digamit rindu..

Terasa jauhnya dari semua..belajar hidup sendiri..benar2 sendiri..cuma ada rakan2 yang sama2 turut berjuang mengejar cita2..

Rindu lagi..

Rindu pada kenangan yang mana mungkin bisa diulang..jauh ditinggalkan namun tidak mungkin dilupakan..

Rindu pada kebiasaan yang juga tidak mungkin dibiasakan lagi..

Mungkin kesibukan akan membuatkan diri sedikit terleka..namun pasti ada masanya teringat jua..

Rindunya..cuma bisa diluahkan pada sehelai kertas..sekadar meredakan sedikit rasa di hati..mungkin di luar tersenyum..namun di dalam, hanya Dia Yang Tahu..

Hati sering rindu..terlalu rindu…

Segalanya Bermakna..

0 comments

Bismillahirrahmanirrahim…

Baru-baru ini keluar dengan seorang teman yang sentiasa di dalam hati..

Terurai sudah ikatan rindu yang disimpul kemas dalam lipatan hati..

Niat di hati ingin berbicara tentang…

Satu-satunya tentang dia yang menjadikan dia istimewa…

Pada mulanya diri kurang menyedari atau hakikatnya kurang peka terhadap setiap perkara yang dilakukannya..

Sehinggalah ‘kehilangan’ mengajar erti bahawa ada ‘sesuatu’ tentang dia yang selama ini tidak disedari…

Setiap perbuatannya pasti ada makna di sebaliknya…

Kelebihan yang membuatkan dirinya sentiasa diingati…

Sentiasa dirindui..

Mungkin bagi orang lain ianya hanyalah perkara remeh tapi tidak bagi dia..

Dan kelebihan itulah yang membuatkan ingatan ini sering terlayang mengingatinya..

Istilah ‘baju rindu’, ‘lagi’, ‘teman hati’, mesej kosong..koma dan noktah..huruf ‘y’ bertanda..semuanya punya nilai dan makna yang tersendiri..

Dan setiap perbuatannya itu pasti akan membuatkan diri ini mengukir senyuman setiap kali terkenang..

Dan kerap juga membuatkan hati ini tersentuh…

Dia bermakna kerana dia memberi makna..

Dia lebih rela memilih untuk dilukakan daripada melukakan..

Dia tenang dalam tak tenang..

Kadang2 hati tidak dapat meneka..sama ada dia marah atau tidak, suka atau tidak, selesa atau tidak..semuanya dijawab hanya dengan sebuah senyuman..

Dia yang gemar berselindung…menyimpan dan mengubati lukanya sendiri…

Kadang2 hati kecewa kerana gagal menyelami apa yang tersimpan di dasar hatinya..

Cuba

menyelami tapi dia punya kebolehan ‘mengelat’..dan akhirnya persoalan hanya tinggal persoalan..

Tapi katanya, “Lama-kelamaan pasti akan faham juga…”

Ya..lama-kelamaan..ukhwah itu lazimnya hingga akhir hayat bukan??

Seperti kata mak, “Seumur hidup juga tidak cukup untuk kita mengenali seseorang..”..

Segalanya bermakna bukan sahaja bagi dia..tapi juga bagi hati ini yang baru menyedari makna di sebaliknya..

Tuesday, March 29, 2011

indahnya dunia ini

0 comments
Ingat post yang lalu…?? Tentang MATAHARI, HUJAN & PELANGI…??

Sebenarnya sesekali MATAHARI ada jengah saya juga…mustahil bukan utk sentiasa kehujanan kalau sudah berpayung…mungkin akan sedikit kehujanan jika payungnya berlubang sana sini…

Tapi saya gembira kerana MATAHARI yang saya selalu tunggu, jengah saya juga akhirnya…walaupun tanpa PELANGI, tapi cukup untuk buat saya tersenyum memandang MATAHARI…tadi saya tanya juga kat MATAHARI..ke mana lama menghilang..?? tak ingat kat saya ke…?? tapi MATAHARI sekadar tersenyum…membalas senyuman saya mungkin…

(Redup…sedap mata memandang…)

Saya sekadar beranggapan…

Mungkin sebelum ni MATAHARI busy…jadi dia tak leh jengah saya selalu….

Mungkin HUJAN lebih sesuai untuk jengah saya selalu daripada MATAHARI…takut2 saya terbakar oleh bahangnya…

Mungkin PELANGI malu untuk muncul selalu…yelah…PELANGI cantik…kalau muncul selalu, akan pudar kecantikkannya sebab akan terbiasa…jadi kene sesekali datang menjengah, supaya bila sesekali PELANGI muncul, saya tahu menghargai & menikmati kecantikkannya…jadi takleh jengah saya lagi buat masa sekarang ni…

Tapi yang pasti, saya tersenyum kerana bukan selalu MATAHARI akan ingat saya…sinarnya tidak terik…redup…cukup untuk membuat saya tersenyum memandangnya….

Gembira…kerana sesekali MATAHARI ada jengah saya juga…

(Cantikkan..? Bertuah kerana bilik saya bertentangan dgn sunset..)

Cuma sekarang saya menanti kehadiran MATAHARI berserta PELANGI…

Sesekali datang menjengah, hanya Tuhan yang tahu, betapa saya menghargainya…









Kemaafan….

0 comments

Assalamualaikum


Kalian tahu…beberapa bulan kebelakangan ini ada banyak perkara yang menyesakkan hati….


Berkisar dengan tajuk post kali ni…kemaafan…sepanjang hidup saya, saya banyak memaafkan tetapi hanya sedikit meminta secebis maaf itu..entah kerana apa…


Mungkin hati manusia kadang2 terlalu ‘kebal’ untuk mengakui kesilapan sendiri…



Teman lama pernah memberitahu saya antara 9 perkara yang tak selalunya mudah untuk dilakukan


Yang pertamanya adalah meminta maaf dan melupakan…yang kedua mengakui kesilapan…mungkin kerana itu, boleh dikira dgn jari hanya beberapa kali saya meminta maaf sepanjang hayat saya…dan rasanya tiada yang mampu saya lupakan setiap kali saya memaafkan…



Pertama kali saya jumpa makna kemaafan itu adalah ketika menonton sebuah cerita Korea, “A Moment to Remember”…ada satu bahagian dalam ceritanya yang membuatkan saya berfikir…heronya, Choi, memusuhi ibunya sendiri kerana menyerahkan dia dalam jagaan seorang atuk tua yang garang…



Pada malam dia diserahkan, dia menunggu sepanjang malam sambil menangis, menanti ibunya mengambil dia semula…malangnya harapan tinggal harapan & sejak malam ditinggalkan itu dia bertekad tidak akan memaafkan ibunya…dan sejak itu dia tidak pernah menangis kerana baginya, air matanya telah kering pada malam dia ditinggalkan…


Setelah berkahwin, isterinya ingin tahu tentang ibu Choi, menyebabkan Choi terlalu marah…dan tahu apa yg dikatakan isterinya setelah dorg bergaduh…?


“Forgiveness isn’t that hard…forgiving is giving your hate just a little room in your heart…it’s just giving away just a room in your heart…”


Sampai sekarang kata2 itu sentiasa di hati saya……



Bagi saya…biarlah yang sekarang ini kekal seperti sekarang…..forgiving is actually for me, it is not easy but it is simple too…that’s what life is…it’s a series of rooms…and who we get stuck in those rooms with, adds up to what are lives are…



If you’re happy, i feel happy for you…don’t turn back…life goes on & never goes back…that’s why sometimes, somethings will never happen again…it’s just remain…& never feel the same…again…


And don’t worry…i’ll never forget too…tak mungkin & tak pernah lupa…impossible right to forget somebody that we’re used to get closed to…

Tak terasa bila dia datang tapi sayu bila dia tak kembali….


Dia datang tanpa seruan dan dia pergi tanpa alasan…


Mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada memiliki tapi tak menghargai….


Kejarlah ia sebelum hilang dari pandangan…..



Ukhwah itu seperti angin…hanya sesekali datang menyapa…..takkan datang selalu…..dan sekali sekala ia hadir dan kita terlepas, jarang ‘angin’ yang sama akan datang semula…..


Dan untuk sekian kalinya….terima kasih….

mungkin ini hanya kebetulan

0 comments

Assalamualaikum…

Emm sekadar ingin meluah sedikit rasa yang dilalui sejak akir-akhir ini

Bermula hanya sekadar suka-suka untuk ber’sms’ akhirnya membawa kepada satu perkenalan yang amat indah…terasa baru sekejap atau hakikatnya memang singkat perkenalan kami dalam erti kata perkenalan secara informalnya..

Cantiknya susunan takdir dan pastinya kadang2 kita rasa seolah takdir mempermainkan kita..

Tapi itulah yang dilalui sepanjang minggu ni..hadirnya tanpa seruan,datangnya tanpa diundang dan akhirnya ia membawa kepada perkenalan yang pasti meninggalkan 1001 kenangan dan pengalaman yang tak bisa dilupakan sepanjang hidupku…

Dia yang lembut,amat lembut..kadang2 terasa kalah dengan kata2nya..mudah sangat cairnya..dia tak memaksa tapi pandai memerangkap dengan soalan2 yang tak mampu ditepis..

Tak tahu macam mana nak mentafsir apa yang dirasa..cuma bila berhubung dalam sms..terasa rindu..ya…rindu…rindu dengan kata-katanya…dan akhirnya bila dia berkate2…tiba2 terasa kaku..mungkin bercampur dengan sedikit rasa segan..

Dan lagi satu instinctnya…dia tidak menyebut instinct tapi gerak hati..hahaha..tahu apa yang ingin diluahkan tapi tak mampu untuk diungkapkan..

Emmm..seminggu yang berlalu ni terasa indah..dia mengisi ruang dalam hati..hahaha..dalam seminggu saja, dia berjaya merubah my rutin..tak tau macam mana nak diungkapkan ..cuma yang pastinya..terasa bahagia..amat bahagia…

Thanks to God coz memberi peluang untuk mengenali walaupun sekadar dari kejauhan..

Mungkin itu yang tersurat..atau mungkin semuanya sekadar kebetulan..hahaha..teringat sms nya yang berbunyi:

*rindu la tu hehehe* bila tanye dia lik dia kate biarlah rahsia

Hahaha..bahasanya lembut..seolah2 terasa sentuhannya..jauh meresap ke dalam hati…dia jujur meluahkan apa yang dirasa dalam setiap sms nya..dan yang pasti setiap sms nya akan membuatkan sekeping hati ni tersentuh dan terharu..dia ambik berat tentang diri ini...dia selalu tnye

*ady shat?

*ady dah mkn?

tak payah jwb pon dia dh tahu jawapan yg aku berikan....

Cuma ada sedikit rasa takut andai dia tiba2 hilang kerana pernah terasa peritnya sebuah perpisahan..hati..kalau sudah mula menyayangi…

Entah..tak tahu apa yang dirasa..hanya sekalung harapan agar ukhuwwah yang baru terjalin ini berkekalan ke akhirnya..dan membawa 1001 kebahagiaan dan kegembiraan pada sekeping hati yang pernah terluka…

Amin…



Sunday, March 27, 2011

Assalamualaikum

1 comments
Rindu bl tak update blog hehhehehhehe... Maklumlah, lately nih memang aku agak sibuk sikit dengan rutin harian dan kerja kerja di JM ... Hendak tak nak, aku kene buat juga... Begitulah hakikat kerja makan gaji ini... Lainlah kalau JM ini aku yang punya... Kan best !! Berangan saja aku ni...

Tadi, masa aku keluar dengan kawan baik aku; aku tersentap kejap... Aku tak sangka dan macam tak percaya dengan apa yang aku dengar dari mulut rakanku ini... Dalam hati, berkecamuk dengan pelbagai perasaan... Perasaan yang tak tahu macam mane hendak aku luahkan... Aku bersyukur, even bila dia bercerita, aku tak kisah sebab aku sudah stabil... Jauh dalam benak hatiku, perasaan yang selama ini aku jaga dan simpan kian lama kian pudar dan hilang... Biarlah, aku rela dengan semua ini... Sekurang kurangnya, aku tak perlu nak fikir pasal semua ini... Aku tak perlu nak menempuh hari hari suram yang membelenggu hidupku sebelum ini... Aku redha dengan ketentuanNya... Mungkin tiada rezeki aku dapat bersamanya dan kalian selepas ini tak perlu lah mendengar kisah sedih dan membosankan ini lagi... No more sad story yaa.....

Aku rasa happy sangat sebab rakan baik aku ini telah menemui apa yang dicarinya selama ini... Jelas terpancar diwajahnya kegembiraan dan kepuasan... Sampai bawak kereta pun tersengeh sengeh... Aku tumpang gembira kerana selama ini dia banyak bermuram muka... Tidak ceria sepanjang masa... Makan hatilah katakan... Tulah nasib badan... Kadang kala apa yang kita lalui tidak semestinya indah belaka... Terima hakikat dengan seadanya...

Bila aku lihat akan perubahan dirinya sekarang, adakalanya aku jadi cemburu... Bukan kerana tidak suka, tapi kerana apa yang dia ada sekarang... Bilalah masa aku akan begitu? Akan tibakah hari itu? Waktu itu? Aku sendiri tidak pasti dan tidak tahu... Biarlah keadaan yang menentukan...

Saban hari aku memikirkan, akhirnya aku faham... Aku tahu dia bukan milikku... Walau apa pun aku lakukan, tidak akan merubah keadaan... Jika dulu, mungkin aku terseksa tapi tidak lagi kini... Aku sudah dapat menerima hakikat bahawa 'cinta' hanya hadir sekali dan sukar untuk kembali lagi... Seperti yang telah ku nukilkan sebelum ini, ku mohon... ku serahkan segalanya padaMu Tuhan... Kau lebih mengetahui...

Ku letakkan titik noktah disini agar ianya tidak akan berlanjutan lagi... Lagipun, sampai bila kalian nak mendengar celoteh macam nie kan? Naik muak dah membacanya... Ape ape pun, ibarat kata Siti Nurhaliza; "Biarlah Rahsia"...Biarlah semua ini menjadi rahsia hidupku... Untuk si dia, aku doakan semoga dia bahagia dan berjaya dalam bidang yang ingin diceburinya....

Friday, March 25, 2011

Assalamualaikum....

0 comments
BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM...... Apa khabar hati? Masihkah ia seperti embun? Menunduk tawaduk di pucuk2 daun... Masihkah ia seperti batu karang? Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian... Apa khabar iman? Masihkah ia seperti bintan...g? Terang benderang menerangi kehidupan.... Apa khabar?semoga ALLAH sentiasa melindungi menjaga serta memberi kesihatan hari ini,esok dan selamanya buatmu y ku panggil teman.... PERKATAAN Y CANTIK ALLAH D MUHAMMAD.... LAGU Y MERDU AZAN... NOVEL Y MENARIK AL-QURAN..... SENAMAN Y BAIK SOLAT.... DIET Y MUJARAB PUASA.... DUHAI HATI SEMOGA KITA TERUS BERISTIQAMAH KEPADANYA..... AMIN YAALLAH....

Wednesday, March 23, 2011

disini semuanya bermula

0 comments












































Hanya kepada-MU aku berserah.

0 comments
Aduhhh…Kenapa malam ini aku susah tidur..
Jam didinding kamarku sudah pukul 1 pagi..
Kekiri kekanan pusingkan badan, aku menjadi resah..
Ya..hatiku resah…
Lalu aku bangkit dari tilam emput ini..
Menuju ke bilik air untuk membasahkan anggota tubuhku..
Aku basahi tubuhku dengan wuduk..
Kesejukan dan kesegaran air membuatkan hatiku segar…
Sesegar seperti dedaun yang disirami embun pagi…
Aku menuju ke sejadah..
Menunaikan tahajud 2 rakaat…
Selesai bertahajud, aku mengangkat kedua tanganku
Menadah memohon keampunan serta mencari keredhaan-MU…
Dalam doa ku kesali segala perbuatanku
Aku banyak melakukan kesilapan dan melanggar perintah-MU
Tanpa disedari, air mataku mengalir tanpa dipaksa…
Mengalirnya bersama kekesalan dan keinsafanku..
Selama ini aku banyak melakukan dosa terhadap-MU Ya ALLAH…
Kini ku mencari keredhaan-MU
Tunjukkanlah aku jalan yang engkau redhai..
Kepada hamba-MU yang hina dina ini..
Engkau pimpinlah aku agar menjadi manusia taat..
Taat segala perintah dan suruhan-MU..
Dalam mencari redha-MU
Aku nekad tidak akan ulangi segala perkara yang Engkau larangi..
Dengan pimpinan-MU, hati ini menjadi tenang..
Setenang air dikali..
Syukur dan terima kasih aku ucapkan..
Hanya kepada-MU aku berserah..
Segala kehidupanku hanya untuk-MU…

Agar aku menjadi manusia soleh…

Sunday, March 20, 2011

Surat Untuk Awak

0 comments

Salam sayang untuk awak.

Awak,

Sebelum itu saya ingin menyatakan bahawa saya sangat sayang awak. Mereka pun sangat sayangkan awak. Kami tak pernah berasa tidak senang apabila dipertemukan dengan awak. Maaf, mungkin pada mulanya kami agak takut untuk mendekati diri awak. Yelah, awak seperti tidak mengendahkan kami. Seperti tidak mahu bergaul dengan kami yang tidak up to date macam awak ni.

Rupa-rupanya kami juga salah, sebenarnya awak yang malu untuk mendekati kami. Kata awak kami ni terlalu baik, dan awak juga kata bahawa kami ni tak macam awak. Apabila awak berkata begitu, terasa ada percikan api di hati. Bukan percikan api kerana marahkan awak tetapi marahkan diri sendiri. Kami sangat bersalah, kami sepatutnya menegur awak dari mula lagi. Maafkan kami, kami bukanlah yang terbaik tetapi kami akan cuba jadi yang terbaik untuk awak dan yang lain-lain.

Semasa awak mengadu tentang sesuatu, saya cuba mendengarnya. Saya ingin menyelami hati awak. Sebenarnya awak juga baik. Mungkin benar, pengaruh kawan itu penting. Sekiranya kita berkawan dengan orang yang mengajak kita kepada kemungkaran, kita pasti akan terjebak sehingga melupakan-Nya. Itu tandanya iman kita masih belum kuat.

Saya takut bila awak meninggalkan solat, sedangkan awak sendiri tahu jika meninggalkan salah satu sudah dikira bukan Islam lagi. Jangan malu untuk berubah! Pedulikan kata kawan 'syaitan' awak. Saya masih ingat lagi sewaktu awak menghantar saya ke stesen LRT, saya sudah berjanji di dalam hati ingin berterus terang dengan awak. Ingin sangat saya meluahkan secara berdepan dengan ayat yang tidak berkias. Saya rasa apa yang saya lakukan sebelum ini tidak menjadi kerana setiap kali saya menegur awak secara selingan mungkin tidak memberi apa-apa makna.

Saya juga masih mempunyai kelemahan dalam diri sendiri. Saya juga masih ketinggalan di dalam bab-bab agama. Awak, saya mungkir janji! Saya tidak dapat mengucapkan perkataan itu secara bersemuka dengan awak. Saya sangat tidak berdaya, apakah saya tidak mampu melakukan 'Amar Maaruf, Nahi Mungkar' kepada kawan sendiri. Saya selalu gagal bila ia berkaitan dengan kawan.

Akhirnya, bila tiba di rumah barulah saya meluahkannya secara direct tetapi itupun menerusi telefon bimbit. Awak seperti mengubah topik lain, saya semakin takut. Takut awak akan terasa, tetapi ia adalah untuk kebaikan awak juga. Saya sangat sayangkan awak. Saya tidak mahu awak lalai sehingga melupakan DIA. Awak sebenarnya sangat baik sebab awak ada kesedaran dan tak pernah lari untuk semakin merapati kami.

Kata sahabat saya yang jauh lebih berilmu daripada saya, awak mungkin diberikan hidayah daripada Allah untuk berubah. Dan kami adalah orang-orang yang dipilih-Nya untuk mendekati awak. Kami tidak boleh meninggalkan awak. Kami tidak boleh tidak memperdulikan awak walau sedikit pun. Saya respect dengan sahabat saya itu. Awak, sekiranya awak membaca surat ini saya percaya awak mengerti maksudnya.

Jangan Ditangisi Apa yang Bukan Milikmu

0 comments

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


Thursday, March 17, 2011

rasa cinta fitrah manusia

0 comments
siapalah aku menolak cinta yang hadir dijiwa tanpa dipaksa hidup ini tidak akan sempurna tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa

Tuesday, March 15, 2011

Tribute to Meows :-)

0 comments






Sebelum mata terlena

0 comments
Jarum jam sudah pun menunjukkan 01.30 pg.Buku-buku aku, disusun dengan rapi. Nasib baik, meja aku ini tidaklah semak sebagaimana malam-malam sebelum ini. Hanya lima minit aku perlukan untuk kemaskan mejaku.badan rase tak sihat jew...bg ku ini mungkin ujian dari ALLAH s.w.t....

Sesudah itu, aku melangkah ke dalam kamarku, mengemaskan semula katilku yang bersepah.Baju-baju aku, aku simpan semula di dalam almari lalu mengibas-ngibas katilku. Selesai mengemas. Aku menukarkan pakaianku, lalu jasad yang telah lemah ini aku baringkan. Aku bersedia untuk melelapkan mataku.tp fb still on9...layan fb jap...

"...bagi mereka yang masih lagi memandu di jalan raya, berhati-hatilah. Ingatlah, kematian tidak kita ketahui. Jangan sampai kemalangan menimpa diri. Insyaallah, anda semua selamat sampai ke destinasi yang ditju. Kepada mreka yang sedang cuba untuk melelapkan mata, kami dendangkan lagu ini khas buat anda. Dengarlah Sebelum Terlena dari Hijjaz...", pengacara IKIM.fm berpesan kepada mereka yang masih lagi memandu lewat malam begini dan menghiburkan mereka. Dengan frekuensi 89.0, IKIM masih lagi bersiaran mengingatkan insan-insan di bumi Malaysia ini, mengelakkan mereka dari lupa kepada ALLAH. Siaran inilah yang selama ini sering menghiburkan aku tanpa membuatkan aku alpa kepada Pencipta Alam. Memang menjadi kegermaran aku untuk mendengar siaran ini tatkala aku keletihan.kalo kat tmpt keje HOT FM mjd pilihan :-)

"Sebelum mata terlena, dibuaian malam gelita, tafakur ku di pembaringan...", bait-bait lagu itu sudah mula kedengaran. Aku terus memasang telinga untuk mendengar lagu ini. Liriknya aku hayati.

"Mengenangkan nasib diri,"
"Yang kerdil lemah dan bersalut dosa,"
"Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti,"
"Membawa dosa yang menggunung tinggi.."

Bait demi bait lagu ini menyentuh jiwaku. Benar apa yang dikatakannya. Siapalah aku ini untuk terlepas dari dosa yang tidak aku ketahui berapa banyaknya. Hidup aku sebagai insan biasa, dipenuhi liku-liku yang sukar, yang mampu mengalpakan aku, melekakan aku dari mengingati ILLAHI. Kerja-kerja dan tugasan yang diberi, kadangkala membuatkan aku lemah. Namun, aku tetap kuatkan semangatku untuk teruskan perjalanan hidupku.
Sudah menjadi lumrah, manusia ini berubah mengingat peredaran zaman yang diacu oleh mereka yang tidak beriman kepada ALLAH, kufur dari mentaati perintah-NYA. Muzik-muzik yang disiarkan di tetuang udara sering kali melekakan kita. Dari mengingati ALLAH, semua itu membuatkan insan-insan lemah mengingati kekasih mereka, insan yang mereka cintai, yang bagi mereka cinta itu kekal selamanya. Kekasih hati mereka itu, lebih mereka agungkan, dipuja-puja dan dipuji-puji kecantikan mereka. Sedangkan kecantikan itu tidak kekal lama.

Inilah sebenarnya yang telah membuatkan generasi kini leka dan alpa, termasuklah diriku ini. Seiring dengan peredaran zaman yang kian jahil ini, fesyen menjadi ikutan. Tidak mengapa jika fesyen itu seiring dengan syariat yang telah RABBUL IZZATI tetapkan, tetapi bukanlah itu yang terjadi. Sebaliknya, fesyen yang dibawa oleh mereka yang kafir itulah yang menjadi ikutan generasi kini. Agama hanya sekadar di bibir dan pengenalan tetapi tidak pada hati dan perbuatannya. Pakaian yang mendedahkan aurat menjadi kegilaan. Biarlah berhabis ratusan ringgit asalkan pakaian itu merupakan fesyen yang terbaru. Telah DIA gariskan tatacara berpakaian, namun nafsu mengatasi segalanya. Bisikan syaitan merajai hati mereka. Akhirnya iman dan taqwa diketepikan dan dirasai bagaikan sampah.

Mentor, AF, Anugerah Juara Lagu, One In A Million, dan banyak lagi rancangan televisyen yang menghanyutkan umat Islam kini menjadi siaran kegemaran, bahkan lebih banyak program-program realiti seperti ini diperkenalkan. Mereka yang menyertai program-program ini pula, berpakaian yang pada mereka sopan padahal melanggar syariat ALLAH. Pelakon-pelakon yang kelihatan sopan dan baik di dalam drama-drama yang dilakonkan mereka, mendedahkan sebahagian besar tubuhnya ketika di pentas anugerah. Para penyanyi yang kebanyakannya wanita, tidak segan silu mendedahkan tubuh dan menghiburkan umat manusia dengan tarian yang mengasyikkan dan mengujakan.

Akhirnya, remaja-remaja mengikuti jejak mereka ini. Bukankah wanita sepatutnya bertudung? Tapi mengapa tudung itu yang diketepikan? Sebagai insan biasa didunia ini, aku tidak dapat lari daripada bersama dengan mereka yang seperti ini. tak semua mereka jahat...

"Ya ALLAH ! Sesungguhnya dosa bagi aku jika melihat semua itu. Namun aku tidak dapat mengelakkannya. Mereka mengetahui akan ketetapan-MU, namun mereka ingkar." Ingin aku tegur, namun aku masih tidak mempunyai kekuatan. Aku masih lemah. Ampunkanlah aku Ya ALLAH. Bersama mereka membuatkan aku sedar, ada antara mereka yang meninggalkan solat fardhu.. Ya ALLAH, aku lemah. Solat, sering mereka ambil mudah dan lewatkan untuk mendirikannya.

Pergaulan kian bebas bagaikan tanpa batasan. Lelaki dan wanita berpegangan tangan seolah mereka telah diikat ikatan pernikahan, malah tanpa segan silu melakukan perbuatan yang terlaknat. Istilah "dating" menjadi sesuatu yang amat penting bagi mereka. Pertemuan merupakan perkara yang wajib mereka lalukan sekalipun itu perbuatan yang berdosa. Bersiar-siar di tepi pantai, hingga solat di abai dan ditinggalkan. Cinta sesama insan mengatasi cinta kepada PENCIPTA.

"Sebelum mata terlena,"
"Dengar;aha rintihan hati ini,"
"Tuhan beratnya dosaku..." bait-bait lagu ini terus kedengaran.

Benar, telah banyak dosaku. Seringkali aku melambatkan solatku dan kadang2 aku tgglkan sedangkan aku tahu kesalahan itu. "YA ALLAH! Ampunkanlah aku. Ampunkanlah." Sesungguhnya aku tak daya aku pikul sendirian. Hanyalah rahmat dan kasih sayang-MU yang dapat meringankan beban yang mencengkam jiwa dan ragaku ini.

Air mataku mengalir. Mengenangkan dosaku, aku sebak. Sering aku tinggalkan Al-Quran yang sepatutnya aku jadikan panduan hidup. Kesibukan duniawi telah menghanyutkan aku. Ku pejamkan mataku. Aku memikirkan, bagaimana dapat aku lalui titian sirat nanti? Mampukah aku lintasinya sepantas kilat, mampukah aku lintasinya tanpa aku terjatuh ke dalam neraka yang apinya panas membakar dan tidak akan terpadam, atau aku terus terjatuh dan membiarkan tubuhku di baham api?

Sebelum mata ini terlena, aku ingin memohon keampunan kepada-MU. Dengarlah rintihan hatiku ini. Tidak aku sanggup harungi seksa dan azab api neraka-MU yang panas membakar. Tidak aku ingin ENGKAU murka kepadaku. Ampunkanlah hamba-MU yang dipenuhi dosa ini. Sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.

Telah aku dengar keindahan syurga-MU. Telah aku dengar perkhabaran tentang nimat-nikamt yang KAU sediakan untuk hamba-MU yang soleh di sana. Haruman Firdaus yang tidak dapat aku bayangkan, dan kesenangan-kesenangan yang tidak dapat manusia di bumi ini berikan kepadaku. Aku rindui untuk melihat semua itu. Ingin aku lihat syurga-MU. Ya ALLAH, sinarilah diriku dengan cahaya ketaqwaan kepada-MU, siramilah aku dengan limpahan hidayah-MU, hujanilah aku dengan rahmat-MU, dan hadiahkanlah aku cinta-MU.

Ya ALLAH, sebelum mata ku terlena, selimutilah diriku dengan sutera kasih sayang-MU agar lena nanti ku mimpukan syurga Firdausi yang indah. Agar dapat aku bersiar-siar di sana dengan tenang. Agar dapat aku mensyukuri nikmat-MU yang menggunung tinggi. Agar tatkala aku terjaga dari lenaku, dapat lagi aku rasai betapa harumnya wangian syurga-MU dan menjadi hamba yang patuh kepada-MU.

Tuhan, beratnya dosaku. Tak daya aku pikul sendiri. Sesungguhnya aku masih lagi terkapai-kapai menncari limpahan hidayah-MU. Hulurkanlah maghfirah-MU agar terlerai segala kesangsian dalam hati ku ini, hanya sekadar air mata yang membasahi pipi, tidak mampu membersihkan dosa ku yang seluas langit-MU.

Ya ALLAH, sebelum mata ini terlena dibuai mimpi yang tak pasti, sucikanlah hatiku dari dosa noda yang telah tebal membaluti hati ini. Bersihkanlah aku dari bisikan syaitan yang selama ini dekat menghasut diri dan mendesak nafsu mengawal diriku. Ya ALLAH, kurniakanlah aku ridu kepada-MU, agar sentiasa aku mengingati-MU. Agar tidak aku tersungkur ke lembah kegelapan. Suluhlah aku dengan petunjuk-MU agar aku sentiasa di jalan-MU. Cerminkalah diriku dengan sifat dan akhlak yang ENGKAU redhai. Tutupkanlah pandangan dan penglihatanku dari melihat perkara yang KAU mungkari. Tutuplah pendengaranku dari mendengar perkara-perkara yang mengalpakan.

Ya ALLAH, jadikanlah hamba-MU ini sentiasa sujud di sepertiga malam. Agar dapat aku meraih redha-MU. Agar dapat aku mohon ampunan atas segala dosa-doasaku. Agar dapat aku peroleh rahmat-MU. Agar dapat aku menadah tanganku memohon kekuatan dalam melawan nafsu dan syaitan. Agar dapat aku merasai ketenangan yang abadi.

Ya ALLAH ! Lepaskanlah aku dari bebanan yang selama ini telah menyeksa aku.

Monday, March 14, 2011

sesuatu yang nak dikatakan tentang CINTA

0 comments
cinta kadang kala indah...kadang kala sedih...cinta yang sejati sukar untuk kita temui....tapi bila cinta sejati tu depan mata kita pula terlupa untuk menghargainya...kita abaikan...tapi bila kita cuba untuk melahirkan cinta sejati kita disakiti...ini yang menyebabkan kita benci cinta.....namun kita tak boleh menghalang perasaan itu dari hadir dalam hidup kita....walau sekuat mana kita cuba halang....cinta tetap hadir dalam hati.....cinta dan kasih sayang juga merupakan satu perasaan yang mudah beralih arah.....cinta dan sayang sungguh mudah untuk bertukar ganti.....selama mana pun hubungan yang terjalin kalau ada cinta baru yang hadir cinta yang tersemai bertahun-tahun dengan mudah dibuang ketepi....tapi realitinya cinta itu indah jika kedua-dua pasangan mempunyai pendirian yang kuat.....dan jika kedua-dua pasangan memahami antara satu sama lain cinta itu akan jadi indah....cinta juga akan jadi indah kalau pasangan sangat memahami diri pasangan mereka.......sesetengah kekasih tak suka memberi tahu ape yang mereka suka dan ape yang mereka tak suka....mereka cuma akan memberi petunjuk untuk difahami.....

Ya ALLAH ! Lepaskanlah aku dari bebanan yang selama ini telah menyeksa aku.

2 comments

Suatu masa dulu…
Hamba Mu ini hanyut dalam arus kehidupan,
Begitu sibuk mengejar impian,
Dengan harapan mendapat penghormatan dan kemewahan,

Dunia yang fana ini menjadi matlamatku,
Cinta berteraskan nafsu menjadi buruanku,
Perihal akhiratku tiada ku endahkan,
Perintah dan larangan Mu tidak ku hiraukan,
Azab dan seksaan Mu tidak ku risaukan,
Syurga dan neraka tidak ku fikirkan…

Sehinggalah pada suatu hari…
Engkau menguji ku dengan kegagalan,
Yang memusnahkan segala harapan,
Menjadikan hamba Mu ini bergelut dengan kesedihan…

Ya Rahman…
Di saat itu sangat sukar bagi ku menerima kenyataan,
Ku bertanya di mana kesilapan dan kesalahan,
Hingga ku persoalkan apa yang telah Engkau takdirkan,
Ku menjerit di mana keadilan dan belas kasihan Mu oh Tuhan!

Dan kini...
Barulah ku sedari,
Pada kegagalan yang ku anggap suatu ketidakadilan itu,
Terselit nikmat kasih sayang Mu ya Rahim,
Kerana melalui kegagalan itulah aku mula mengenali Mu,
Disebabkan kegagalan itulah aku menyedari bahawa
Dunia tidak patut dijadikan matlamat,
Cinta berlandaskan nafsu tidak patut dijadikan buruan,
Lantas aku berpaling darinya dan berlari ke arah cinta Mu,
Hanya keredhaan Mu sahajalah yang ingin ku raih kini...

Ya 'Azim...
Inginku luahkan kesyukuranku kepada Mu,
Kerana di antara berjuta manusia,
Engkau telah sudi memilih diriku yang hina dina ini,
untuk menerima taufiq dan hidayah dari Mu
dan menghijrahkan diriku dari alam jahiliyah
ke alam uluhiyyah dan ubudiyyah...

Ya Allah...
Aku amat berterima kasih kepada Mu
Kerana Engkau tidak pernah membiarkan diriku terus tersesat
Dalam kehidupan yang serba sementara ini,
Meskipun ketika itu aku sering terlalai dari mengingati Mu...
Memang tidak dapat dinafikan lagi,
Bahawa sesunggungnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang…

Ya 'Aziz…
Izinkanlah aku untuk terus berada di dalam jalan Mu ini
untuk selama-lamanya,
Janganlah Engkau kembalikan aku ke lorong gelap
yang membawa kepada kesesatan,
Ampunkanlah kejahilan dan kelalaianku selama ini,
Pimpin dan bimbinglah hamba Mu yang lemah ini ke arah cinta Mu,

Ku mohon agar Engkau teguhkanlah tugu keimanan ku,
Benarkanlah aku untuk merasai halawatul iman,
Anugerahkanlah kepada ku kekuatan dan kesabaran,
Pekakkanlah telinga ku dari sebarang sindiran dan ejekan,
Kebalkanlah jasadku dari segala kesakitan,
Dalam menjalankan amanah yang Engkau pikulkan di bahu ku…

Ya Khaliq...
Jadikanlah setiap hembusan nafasku,
Setiap kelipan mataku,
Setiap degupan jantungku,
Setiap helaian rambutku,
Setiap bait perkataanku,
Setiap hayunan tanganku,
Setiap langkah kakiku
Dan setiap titisan darahku,
Hanyalah untuk Mu…

Sebelum tiba ajalku,
Ingin ku merayu kepada Mu,
Bukakanlah pintu hati insan di sekelilingku,
untuk mengampuni dosa-dosaku terhadap diri mereka,
Lancarkanlah lidahku untuk menjawab soalan malaikat utusanMu,
Luaskanlah dan terangilah tempat pembaringanku,
Meriahkanlah pusaraku dengan ayat-ayat suci Mu,
Permudahkanlah perjalanan ku di alam seterusnya...
Curahkanlah redha Mu terhadapku sepanjang hayatku
Dan izinkanlah aku untuk mengadapmu Di dalam Jannah yang serba indah...

Dan esok, Andainya aku tidak bernafas lagi,
Sampaikanlah ucapan selamat tinggalku kepada insan yang ku sayangi,
Bimbinglah mereka sepertimana Engkau telah sudi membimbing diri ini,
Agar dapat ku bertemu dengan mereka lagi,
Di pertemuan yang hakiki,
Di dalam syurga yang kekal abadi...

Sunday, March 13, 2011

Friendship

0 comments

Standing by,

All the way.

Here to help you through your day.

Holding you up,

When you are weak,

Helping you find what it is you seek.

Catching your tears,

When you cry.

Pulling you through when the tide is high.

Just being there,

Through thick and thin,

All just to say, you are my friend.


Saturday, March 12, 2011

Walau siapapun aku

0 comments
Walau siapapun aku, walaupun siapapun kamu, walau di manapun aku, walau di manapun kamu..aku tetap aku tetap kasih sayang selamanya.
KASIH SAYANG ITU: pulanglah KASIH, pulanglah RINDUKU..kembalikan CINTAMU kepada Allah yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG..

indahnya bila ade sahabat yang memahami

0 comments
Walaupun aku hanya insan biasa,tapi aku amat bersyukur kerana dapat mengenali manusia atau orang yang berdarah mulia sebegini.tidak ramai rasannya orang yang bertuah sepertiku…diriku sendiri tidak pernah memilih siapa yang akan menjadi teman atau sahabatku..kerna bagiku ERTI sahabat bukan diukur dengan pangkat atau darjat…cukup dia berada disisiku waktu aku amat memerlukannya….

~semoga jalinan persahabatan ini mendapat redha dariNya~

0 comments
tanam padi...rumput kan tumbuh jua...tetapi tanam rumput...takkan tertumbuh padi...begitulah jua dunia dan akhirat...kejar akhirat...dunia akan dapat bersama...
kejar dunia...hanyalah dunia semata-mata...


Friday, March 11, 2011

mak pesan.....

0 comments
mak saya pesan buat kerja betul2,byk kan doa,kalau ada orang dengki jangan sekali-kali di balas,biarkan saja.....biar owg wat kite jgn kite wat owg.ok mak! Roger! heheh;p

thanks kat seseorang kate2 awk wat ady jadi appy

2 comments
cinta itu fanatik...
jangan dilakukan dengan automatik....
lebih sistematik jika ditambah latihan matematik...
kurangkan politik...
utamakan romantik....
pastikan cinta itu berputik..........
hahahahahahahahaha...

Thursday, March 10, 2011

"bukan rupa yang saya tengok tapi hati budi awk!!!"boleh caye kew?

0 comments
Entry kali ni bukan lah untuk mengutuk lelaki mahupun wanita hehe...just nak share pengalaman aku dan nak tahu ape pulak pendapat korang..

Faktanya...

Semua pompuan yang aku kenal ckp dorang tak pandang rupa paras tp yg penting hati budi..boleh caya ke..kalau laki plak yg cakap

"sy x tengok rupa awk, tapi hati awak" anda caye kata2 ni?!! hehe...

Mengikut kajian yg dilakukan oleh majalah Remaja sendiri menunjukkan bahawa lelaki sekarang mmg MAJORITINYA lebih pandai melihat daripada berfikir..

justeru unjuran perdebatan adalah menuntut kita untuk membuktikan bahawa lelaki sememangnya suka pada perempuan yang cantik paras rupanya..dan ia sememangnye betul..itu MAJORITI lelaki mengakuinya..begitu juga sebaliknya..siapa nak orang yang bakal hidup bersama dengan kita mukanya hodoh..kita pun x senang,kan??

Hakikatnya pada zaman kini, kata-kata tersebut hanyalah satu ‘propaganda’ atau ‘taktik’ bagi kebanyakan orang lelaki untuk memancing si wanita. Sememangnya kita juga mengetahui bahawa orang lelaki mempunyai sifat yang berbeza daripada orang wanita. Orang lelaki lebih sukakan kepada sesuatu yang dilihat cantik atau indah daripada segi luaran dan bukanlah dalaman, berbeza dengan orang wanita yang lebih melihat kepada dalaman daripada luaran. Antara buktinya, lihatlah kebanyakan wanita hari ini. Kebanyakan mereka bertemankan seorang lelaki yang kurang kacak atau bahasa sopan dan berterus terangnya; hodoh nak mampus haha. Kenapa hal ini berlaku?. Adakah buta wanita ini?. Jawapannya tidak!. Mereka memilih lelaki itu bukanlah kerana rupa parasnya yang hodoh haha, tetapi mereka tertarik kerana kata-kata si lelaki tersebut yang membuatkan hatinya cair dan sikapnya yang bagi mereka adalah ‘caring’ dan bersikap jujur. (hakikatnya sebab lelaki tu penuh poket!. Hahaha sorry terkantoikan.)

“Perghhh!, cun sial awek tu dowwwww”....”baik dowww awek tunye TUT”. Ha..itulah antara kata-kata ''nakal'' kebanyakan orang lelaki. Tetapi timbul persoalan untuk bagaimana mereka memancing si wanita tersebut. Adakah dengan berjubah dan berserban? (for sure minah tu lari). Adakah dengan membawa tasbih di tangan dengan diiringi mulut yang sentiasa berzikir? (dasar penipu!). Macam-macam lagilah cara-cara dan idea-idea yang cuba dikerahkan oleh sebahagian mereka untuk memancing si wanita.

Seorang lelaki sekalipun kuat pegangannya pada agama, dia juga tidak akan terlepas daripada melihat atau memilih wanita daripada rupa parasnya. Ini kerana seperti yang diterangkan tadi bahawa sifat atau naluri orang lelaki yang lebih suka melihat luaran daripada dalaman. Tidak menjadi masalah juga sekiranya kita mendengar ada di antara orang lelaki yang mengatakan begini; “Saya lebih utamakan adab, dan pegangan agama oleh wanita tersebut, tetapi saya juga melihat kepada rupa parasnya.” Kalau kita teliti kata-kata ini kita boleh melihat bahawa katanya untuk melihat kepada rupa paras bukanlah bermaksud si awek tu kena cun melecun, tetapi maksud sebenarnya ialah ‘sedap mata memandang’. 'cantik dalaman, cantik luaran.'

lumrah manusia memilih kecantikan. tak kira lelaki ataupun perempuan. tidak dapat dinafikan kebanyakan lelaki ,memilih kecantikan. tetapi perlu diingatkan bahawa yang cantik itu kadang2 beracun.. lain padang lain belalang..paham tak peribahasa aku ni hehe. maksudnya lain lelaki lain cara dia memilih perempuan. senario pada masa sekarang cukup popular iaitu lelaki akan mencari perempuan yang cantik untuk couple tetapi akan mencari perempuan yang boleh menjalankan tanggungjawab seorang istri untuk berkahwin. pada masa itu, paras rupa mungkin berada pada tempat ke brape entah... sering terjadi apabila keluar dengan rakan2, pasti yang cantik akan menjadi perhatian lelaki. perkara tersebut memang dah jadi lumrah bagi seorang lelaki.... perempuan pulak, jangan hipokrit apabila anda memilih pasangan hidup. mungkin tidak handsome tapi sedap mata MEMANDANG. jadi, rasanya tidak adil untuk menyalahkan satu2 pihak sedangkan perkara ini adalah fenomena yang biasa.....

khas buat nurlatifah.....

2 comments
ni aku tulis ni khas buat insan yg dl pernah aku sayang suatu mase dl...tp skrg dia dah tgglkan aku....awk saya doakan awk bahagia...jg diri k...buat pengetahuan awk saye tak pernah simpan dendam kat awk....btl kate awk mgkn kite tak de jodoh antara kite...ok lah saye akn padam entry yg saye pnh post sebelom ni....terpulang kat awk tok terus membenci saye....itu hak awk....akhir kate dari saye semoga awk bahagia selamanya...hargailah orang yang awk sayang....saye akn sentiasa doakan kebahagian awk....wassalam....

Wednesday, March 9, 2011

Aku Bertanya Tentang Cinta

0 comments

Aku bertanya pada alam semesta tentang arti “CINTA”, lalu satu demi satu mereka menjawab…

Bumi menjawab:

“CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan akan itu. Ia memang diinjak dan dihinakan, tetapi ia tak peduli. Pikir Cinta hanya memberi, dan itu sajalah inginnya.”

Air menjawab:

“CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan, kerelaan akan keterikatan, kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai naungan segala perasaan

Api menjawab:

“CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah dan kedurhakaan.”

Angin menjawab:

“CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa tujuannya. Orang bilang ia buta, sebab itu inginnya. Ia tak terlihat, tapi tanpanya segala raga akan hampa.”

Langit menjawab:

“CINTA adalah luasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang tahu. Kecuali bahwa cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu

Matahari menjawab:

“CINTA adalah hidup untuk memberi energi kehidupan dan cahaya harapan. Ia tak akan lelah memberi sampai ia padam dan mati.”

Pohon menjawab:

“CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia tulus hingga tak perlu terlihat dan dikenal. Tapi ia terus memberi agar batang bahagia tetap kokoh abadi, berbuah dan berbunga indah.”

Gunung menjawab:

“CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu demikian tenang dan menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan lava cemburu yang membara.”

Lalu, Aku bertanya pada CINTA:

“Wahai CINTA, apakah sebenarnya arti dirimu??”

CINTA menjawab:

“CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meski kau tak melihat-Nya. Engkau tidak mencium-Nya atau meraba-Nya, tapi engkau patuh karena engkau merasa akan hadir-Nya. Sebab CINTA bukan indera, tapi adalah rasa.”

“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Ia meninggalkanmu. Takut jika Ia tak menyukaimu lagi. Lalu engkau mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”

“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan pada-Nya dan tidak pada yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta adalah engkau setia menjadi budak-Nya, yang engkau hidup untuk-Nya dan mati untuk kesukaan-Nya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar engkau diakui, hanya sebagai budak, sebagai hamba.”

“Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain pada-Nya. Engkau rindu akan hadir-Nya dan melihat-Nya. Engkau suka apa yang Ia sukai dan benci apa yang Ia benci, engkau merasakan segala ada pada-Nya dan segala atas nama-Nya.”

Aku lantas bertanya pada CINTA:

“Bisakah aku merasakannya?”

Sambil berlaru CINTA menjawab:

“Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur dengan apa yang Dia beri, maka itu semua akan kau rasakan, percayalah padaku tambahnya….”

Aku pun Berteriak, “Wahai KAU SANG MAHA PECINTA terimalah cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah…”

Tuesday, March 8, 2011

Belajar bersabar & bersyukur

0 comments


Hola! waa..Bila bosan ni la keje aku mengupdate blog dan on9 kat fb...

aku jarang on9 bukan pe cuma keadaan kesihatan yg x brp nak mengizinkan. tu pasal aku wat hal sendri je. kena rest banyak. itu yg Doktor pesan. lagipun ada rahmat & rezeki yg teramat menggembirakan yg Allah dtgkan bersama2 dgn ujian ni (kurang kesihatan). tu pasal aku tabahkan hati supaya x merunggut dgn ujian yg dtg ni.

semasa melalui keadaan kesihatan yg kurang ni membuatkan aku banyak gak berpikir. selama ni banyaknya nikmat yg tuhan dah bagi pada aku. baik yg dah pun aku jangka maupun yg x pernah aku terduga. memang x terhitung kalau nak dihitung semuanya satu persatu. dari situ lelama timbul rasa syukur sgt2 dgn apa yg aku ada selama ni. walaupun banyak lagi impian aku yg belum tertunai tapi at least banyak jgk perkara2 lain yg x kurang bestnya yg telah aku capai sebenarnya. so, sambil2 berehat ni aku nak terus memuhasabah diri. mungkin belum tiba lagi masanya utk impian yg aku harap2kan tu terlaksana. insyaalah, aku percaya rezeki tu di tangan tuhan. walau susah camne pun nak dicapai tapi kalau dah tuhan kata itu la rezeki aku, x de sapa leh menghalangnya. buat masa ni cukup la kalau aku boleh terus bersabar, bertawakal & bersyukur kpdNya. mana la tau kot2 dlm aku bersabar ni ada plak ’rezeki terpijak’. anything’s possible kan? so, ok la..aku akan terus bersabar & bersyukur dgn apa yg ada. mudah2an Dia tambah lagi lepas2 ni. :D

aku redha

0 comments
dh berhari2 aku cuba nk memuatkan entri baru dlm blog ni. tapi tah kenapa aku rasa cam x berdaya nk berpk & mengeluarkan buah pikiran aku. apa dh jadi dgn aku? mungkin sisa2 rasa bengang, bosan, jauh hati…bla..bla..bla..(malas tulis smua) masih berbekas dlm hati ni. jauh di lubuk hati ini.

sapa la yg bleh paham aku?.sanggup adjust diri sana sini. sanggup ketepikan perasaan & kepentingan diri. sanggup. smua sanggup. utk apa? sbb nk blajar paham orang lain. nk blajar cope dgn orang lain. tapi…adakah orang lain pk benda yg sama? adakah diaorang pun share matlamat yg sama dgn kita? sayangnya, tidak. kebanyakan masa aku tgk diaorang x peduli pun. sbb masing2 yg aku jumpa smua jenis yg nk berlawan. mentaliti yg menjadi pegangan dia, smua benda dlm dunia ni ibarat macam perlawanan. kalau ngko nk menang nkgo kena kalahkan lawan ngko. that’s why pepehal pun jgn mengalah. sapa yg mengalah, dia la yg kalah. betul ke orang yg mengalah ialah orang yg kalah? aku x paham! apa punya mentaliti la orang2 macam ni?? mana dia blajar pk macam tu? sapa kata dlm setiap perlawanan result dia mesti ada yg kalah & ada yg menang? confirm! siapa yg kata?? habis tu, istilah menang-menang (win-win) tu mitos ke?? & pepatah orang tua2 ‘menang jadi arang, kalah jadi abu’ tu apa? bull s***??? kenapa smua orang lebih ske pk pakai hati dari pk pakai otak?? blajar tinggi2 ini ke hasilnya?? pikiran jadi semakin sempit! atau sifat tamak & ego jadi semakin berleluasa bila dh blajar tinggi??

smua orang buat aku rasa serba salah je. kenapa buat aku macam ni? apa sebnarnya salah aku?? alasan2 yg diberi smua bunyi macam citer kartun. geli rasa telinga tapi sakit rasa di hati! aku rasa nk lari jauh2 dari smua orang. biar la aku dituduh pengecut tapi tuhan tau apa yg ada dlm hati aku. aku sedia mengalah. diaorang akan tepuk tangan & kata aku kalah, diaorang menang. aku terima. sbb memang itupun yg diaorang mau selama ni. x apa. kalau itu boleh buat orang gembira, aku sanggup terima. biar di mata mereka aku nampak buruk & hina. tapi tuhan tau aku x buruk, aku x hina. aku rela nampak hina di mata manusia asalkan di sisi tuhan aku dimuliakanNya. biar la aku terhina di dunia ni asalkan di akhirat nti Dia memberikan aku bahagia yg hakiki.

aku redha atas segala ketentuanMu, ya Rabb… aku redha. aku hamba yg kerdil. tapi aku x kan berputus asa mengharap rahmat & keredhaanMu. aku redha atas segala2nya, Ya Allah. aku akan sentiasa redha..

memburu impian ~ akan kuteruskan langkah ini

0 comments
aiseymen…siap je aku post entri dlm blog ni tadi tetiba radio dok putar lagu ‘memburu impian’ plak. ni la yg buat aku menaip balik ni. utk mengingatkan betapa bermaknanya lagu ni bagi aku. aku memang ske sgt lagu ni. bukan ske sejak2 dia dinyanyikan balik oleh kump. kristal baru2 ni je. malah sejak aku kecik2 dulu aku dh ske lagu ni. aku dengar lagu ni sejak time aku skolah rendah lagi. yg aku tau lagu ni dari filem ‘gila2 remaja’. kalau tv main citer tu, ada la lagu ni. time ada lagu ni masa scene faizal hussein (roy) naik moto nk p melawat member dia remy (rosyam nor) kt skolah hendry gurney. time tu dia tgh frust. tapi tah sapa yg nyanyi lagu ni time tu aku x tau la plak. baru ni bila kristal nyanyi balik lagu ni aku rasa cam balik ke zaman aku kecik2 dulu. perasaan tu x pernah berubah. bila dengar je lagu ni rasa sayu sgt. tapi di sebalik kesayuan & kesyahduan lirik & melodi lagu ni aku rasa macam ada satu kekuatan, satu semangat yg menyuruh2 aku utk teruskan perjuangan dlm hidup ni. x kira la apa bentuk pun perjuangan itu. tapi dia mesti diteruskan. sbb tu bila terdengar lagu ni je aku sanggup benti wat keje apa pun (tapi tgk keje apa jgk la. kalau benda yg x leh tinggal tu aku x tinggal le) supaya aku bleh menghayati semula bait2 lirik dlm lagu tu. aku rasa cam kuat & bersemangat balik everytime dengar lagu tu. very the touching gua cakap lu… lirik dia simple sempoi je tapi terkandung makna tersirat yg cukup mendalam. pergh! meleleh air mata gua bila dengar lagu ni beb…(tapi x de la depan2 orang. aku nangis dlm hati je). x caya cuba check lirik dia ni. kalau rasa rajin nk nyanyi skali pun bleh. ske hati la. janji hepi.

Friday, March 4, 2011

Bicara Hati

0 comments

Kutemukan dahi dan sejadah.

Dalam sujud aku penuh berserah

Pujian hanya pada Rabul Izzah

Kerdilnya hamba,insan yang lemah

Kupanjatkan doa pada Yang Esa

Sepenuh hati kumenyampaikan bicara

Dalam doa mengharap cinta

Yang hakiki dan abadi

Tulus ikhlas sepenuh hati

Yakin seluruh jati diri

Aku resah dalam kisah

Doa mungkin dijawab entah

Kerana aku abdi yang leka

Seringkali melakukan dosa

Mana mungkin kuperoleh cinta

Andai hati dicemari lara