kAmU SeMuA yAnG tErBaIk

Wednesday, March 30, 2011

Segalanya Bermakna..

Bismillahirrahmanirrahim…

Baru-baru ini keluar dengan seorang teman yang sentiasa di dalam hati..

Terurai sudah ikatan rindu yang disimpul kemas dalam lipatan hati..

Niat di hati ingin berbicara tentang…

Satu-satunya tentang dia yang menjadikan dia istimewa…

Pada mulanya diri kurang menyedari atau hakikatnya kurang peka terhadap setiap perkara yang dilakukannya..

Sehinggalah ‘kehilangan’ mengajar erti bahawa ada ‘sesuatu’ tentang dia yang selama ini tidak disedari…

Setiap perbuatannya pasti ada makna di sebaliknya…

Kelebihan yang membuatkan dirinya sentiasa diingati…

Sentiasa dirindui..

Mungkin bagi orang lain ianya hanyalah perkara remeh tapi tidak bagi dia..

Dan kelebihan itulah yang membuatkan ingatan ini sering terlayang mengingatinya..

Istilah ‘baju rindu’, ‘lagi’, ‘teman hati’, mesej kosong..koma dan noktah..huruf ‘y’ bertanda..semuanya punya nilai dan makna yang tersendiri..

Dan setiap perbuatannya itu pasti akan membuatkan diri ini mengukir senyuman setiap kali terkenang..

Dan kerap juga membuatkan hati ini tersentuh…

Dia bermakna kerana dia memberi makna..

Dia lebih rela memilih untuk dilukakan daripada melukakan..

Dia tenang dalam tak tenang..

Kadang2 hati tidak dapat meneka..sama ada dia marah atau tidak, suka atau tidak, selesa atau tidak..semuanya dijawab hanya dengan sebuah senyuman..

Dia yang gemar berselindung…menyimpan dan mengubati lukanya sendiri…

Kadang2 hati kecewa kerana gagal menyelami apa yang tersimpan di dasar hatinya..

Cuba

menyelami tapi dia punya kebolehan ‘mengelat’..dan akhirnya persoalan hanya tinggal persoalan..

Tapi katanya, “Lama-kelamaan pasti akan faham juga…”

Ya..lama-kelamaan..ukhwah itu lazimnya hingga akhir hayat bukan??

Seperti kata mak, “Seumur hidup juga tidak cukup untuk kita mengenali seseorang..”..

Segalanya bermakna bukan sahaja bagi dia..tapi juga bagi hati ini yang baru menyedari makna di sebaliknya..

No comments:

Post a Comment