kAmU SeMuA yAnG tErBaIk

Tuesday, March 8, 2011

Belajar bersabar & bersyukur


Hola! waa..Bila bosan ni la keje aku mengupdate blog dan on9 kat fb...

aku jarang on9 bukan pe cuma keadaan kesihatan yg x brp nak mengizinkan. tu pasal aku wat hal sendri je. kena rest banyak. itu yg Doktor pesan. lagipun ada rahmat & rezeki yg teramat menggembirakan yg Allah dtgkan bersama2 dgn ujian ni (kurang kesihatan). tu pasal aku tabahkan hati supaya x merunggut dgn ujian yg dtg ni.

semasa melalui keadaan kesihatan yg kurang ni membuatkan aku banyak gak berpikir. selama ni banyaknya nikmat yg tuhan dah bagi pada aku. baik yg dah pun aku jangka maupun yg x pernah aku terduga. memang x terhitung kalau nak dihitung semuanya satu persatu. dari situ lelama timbul rasa syukur sgt2 dgn apa yg aku ada selama ni. walaupun banyak lagi impian aku yg belum tertunai tapi at least banyak jgk perkara2 lain yg x kurang bestnya yg telah aku capai sebenarnya. so, sambil2 berehat ni aku nak terus memuhasabah diri. mungkin belum tiba lagi masanya utk impian yg aku harap2kan tu terlaksana. insyaalah, aku percaya rezeki tu di tangan tuhan. walau susah camne pun nak dicapai tapi kalau dah tuhan kata itu la rezeki aku, x de sapa leh menghalangnya. buat masa ni cukup la kalau aku boleh terus bersabar, bertawakal & bersyukur kpdNya. mana la tau kot2 dlm aku bersabar ni ada plak ’rezeki terpijak’. anything’s possible kan? so, ok la..aku akan terus bersabar & bersyukur dgn apa yg ada. mudah2an Dia tambah lagi lepas2 ni. :D

No comments:

Post a Comment