kAmU SeMuA yAnG tErBaIk

Thursday, June 16, 2011

seketika berfikir

0 comments
Memang kalau orang lain mendengar, seperti pelik...Tapi hati ini terlalu sukar untuk terbuka kepada yang meminta. berbulan-bulan cuba membuka pintu hati kepada yang lain tetapi tidak pernah pun berjaya ... Bukan sebab masih ada rasa cinta ... langsung tak der ... rasa nak pelangkung ada la...macam rasa tersekat2 ... Rasa dah penat.... Rasa tak percaya ... Macam2 rasa selain siakap 3 rasa ...

Kadang2 aku tanya kepada diri sendiri, kenapa cinta ini tidak dipermudahkan olehNya? Kenapa org lain boleh jer bercinta 3-4 org dalam satu masa... dan mudah melepaskan setelah memilih... tapi bukan aku. mmm... Ramai orang kata cinta itu buta. Cinta boleh bikin seme deria jadi OKU ... tapi pada aku, cinta tak buta. Cinta buat aku lebih menyedari akan kekuasaan Tuhan. Cinta ini memang misteri... Rahsia Allah yang kadang2 memberi kejutan pada kita..

Malam semalam seseorang datang dalam mimpi aku ... tak pernah terfikir pon dia orangnya... tapi, apa ada pada mimpi ... walau kadangkala mimpi akan jadi realiti.

Mintak maff la kawan2 ekk, ada hasrat korang yang aku tak dapat nak penuhi buat masa ni ... rasa itu masih belum ada ... mana mungkin kita boleh bersama org yg tak der perasaan pada kita dan kita pon tak der perasaan pada dia. esok lusa tak taw lah cemana.. Aku sendiri pon tak pasti akan ada peluang lagi untuk aku merasai cinta yang satu ni... Atau ia hanya akan kekal menjadi teman berangan sampai bila-bila? pelik sungguh cinta yang satu ini kan kan kannnn?

Tapi, kalau ditakdirkan aku sampai bila2 pon harus sendiri .... tanpa cinta yang satu ni... aku redha... Bak kata kawan aku... "solo kite bahagia"... walaupon separuh setuju jerr :)

Awak, hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya... Justeru itu, bersikap jujurlah pada diri sendiri. Kalo rasa tu ada .. cakap ... usaha ... tak payah yang bagi berlori alasan ... Jangan takut untuk kehilangan .. sebab kita takkan kehilangan sesuatu atau seseorang yang tidak pernah kita miliki ...

oklah mate pon dah ngantok...esok nak keje pagi...ape2 hal aku akn update kat facebook....selamat malam semua......wassalam :)



Monday, May 30, 2011

untuk mu sahabat

0 comments
Lama sudah aku tidak meletakkan apa-apa cerita yang telah berlaku dalam hidupku.. banyak diantaranya aku letakkan sahaja di dalam minda ingatanku. Membiarkan ianya luput ditelan waktu. Mungkin seharusnya semua dugaan itu dibiarkan sebegitu sahaja. Biar semuanya tersimpan dan memorinya jua akan terhapus mengikut zaman semasa….

Lama mana mungkin aku seharusnya begitu.. mungkin lama jua nanti…. Lalu titipan coretan ini dan ingatan ini aku berikan tulus ikhlas untuk insan yang pernah menjadi sahabat aku. Sahabat dalam erti kata apa? Biarkan insan yang dapat merasainya sahaja yang akan mendalaminya.

Dalam meniti kehidupan yang serba mencabar ini, tidak dinafikan kawan adalah insan yang akan menjadi pertaruhan untuk kita membina kehidupan yanng lebih akrab dan baik. Di mana dia adalah insan yang dapat berkongsi airmata dan ketawa ria kita. Adakah dia benar-benar wujud didunia ini?



Kekadang kita merasakan kawan disisi kita adalah yang terbaik untuk kita. Walaupun sebenarnya kawan baik juga boleh menjadi duri yang amat bisa dalam hidup kita. Siapa yang mengkehendakinya. Sudah tentu tiada siapa diantara kita yang memilih untuk berada di episod duka.



Tetapi itulah kehidupan yang menjanjikan seribu satu kemanisan dan kepahitan untuk kita mengalaminya. Mungkin adalah cara yang terbaik untuk kita menilai kembali sepanjang kehidupan yang pernah kita lalui. Kerana kita mungkin alpa pada kehidupan yang pernah kita tempuhi dahulu. Di saat kita bergembira, cubalah kira banyak mana sahabat kita… adakah sama bilangannya apabila kita di dalam kesusahan.



Cuba fikirkan…..



Sahabat, perhubungan yang dijalinkan memberi makna yang amat besar bagi diriku. Mungkin aku alpa dalam mempertahankan persahabatan kita. Tapi aku juga hanyalah insan biasa. Maafilah aku andai aku telah mengguris hatimu. Tapi, jauh disudut hatiku, aku masih mengingati saat kita bersama.



Betapa banyak ranjau kehidupan yang telah kita rasa bersama. Apa yang terjadi diantara kita adalah mimpi yang tak pernah aku idamkan. Betapa aku amat mengharapkan suatu hari nanti kita akan kembali seperti dahulu. Kembali didalam gurauan yang bisa menyatukan kita semula.



Aku berdoa moga hari itu akan tiba jua sebelum nafas aku terhenti. Moga segala kekusutan yang melanda di antara kita akan kita uraikan bersama.Janganlah kau jauhi aku kerana peristiwa yang telah berlaku. Berikanlah ruang untuk aku memperdengarkan kisah di pihak aku sendiri. Mengapa menjerumuskan aku sebegitu rupa.



Adakah ini nilai persahabatan yang kau maksudkan? Memberikan aku satu tanggapan negatif terhadapmu. Aku cuba untuk menidakkannya. Tetapi semakin banyak aku mencuba, lebih banyak bukti yang ada itu muncul. Khilafkah aku?



Sesungguhnya mengenalimu tidak pernah aku kesali. Walaupun mungkin pernah terdetik dihati ini. Tapi setiap pertolonganmu aku hargai. Setiap jasamu aku sanjungi. Jua dirimu aku hormati. Setiap apa yang kau ucapkan buat diriku, aku jaga dan menjadi rahsia diantara kita. Tetapi apa yang telah dijanjikan sebagai pulangannya, adalah sesuatu yang tidak pernah menjadi igauan aku. Seboleh-bolehnya aku menjaga segalanya. Agar suatu hari nanti, tiada dendam yang akan terus mekar…



Melepaskan dirimu jua tidak aku ragui. Kerana janji itu telah dimungkiri. Siapalah aku untuk menghalang pemergianmu. Andai itu yang telah kau rancangkan dari dulu. Aku hanya persinggahan, tempat kau menumpang didalam meneruskan kehidupan. Aku hanyalah berfungsi sebagai dahan yang memang telah kau janjikan kereputannya. Akukah yang alpa atau masakah yang mencemburui kita. Lihatlah dunia, janji yang tidak pernah abadi ini. Dimanakan akan berakhirnya…


Sampai bilakah aku boleh bertahan. Ya Allah aku hambaMu yang lemah. Melakukan salah dibumi yang telah Kau turunkan aku. Aku mencari ruang untuk menebus segala khilafku. Moga sebelum aku kembali semula kesisiMu, aku telah menunaikan segala tanggungjawab aku di muka bumi ini. Aku memohon padaMu Ya Allah. Bantulah aku menemui redhaMu. Rahmatilah segala yang telah kau berikan dan aku jalankan di alam Mu ini.



Sahabat, aku menganggap apa yang telah terjadi diantara kita adalah antara ujian dan rahmat dariNya. Menguji sejauh mana kita mampu mengatasi segala rintangan ini. Menguji sejauh mana kebolehan kita berinteraksi. Menguji setebal manakah iman yang kita lindungi.



Anggaplah hikmah yang disediakan untuk kita adalah antara yang terbaik yang telah dijanjikan untuk kita dikemudian hari. Teruskanlah perjuangan kita mencari damai di hati, ketulusan dan kejujuran kehidupan ini. Doaku agar dikau sentiasa berada didalam rahmat dan kasih sayang dariNya.



Moga ada pertemua semula sebelum perpisahan sebenar di antara kita.

InsyaAllah….



ku meniti awan yang kelabu


ku tempuhi lorong yang berliku


mencari sinar yang menerangi


kegelapanku


ku percaya nanti suatu masa


sang suria kan menyinar jua


membawa harapan yang menggunung


bersamanya


Engkau tiba bagaikan pelangi


Tanpa cahaya namun kau berseri


Tapi cukup menghiburkan hati ini


Seharian waktu bersamamu


Tak terasa saat yang berlalu


bagai pelangi petang


kau kan pasti pergi jua

Thursday, May 19, 2011

seindah,seikhlas, sejujur mana pun dia di mata kita..dia tetap manusia yang bisa untuk berubah pada suatu ketika..

2 comments
Cintailah si dia yang nyata mencintai kita..orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita demi orang yang dia sayang...tapi orang yang menyayangi kita akan sentiasa di sisi kita kerana di hatinya cuma ada diri kita...apa pun jangan terlalu mengharapkan cinta kerana cinta itu mampu untuk berputik, gugur dan berputik semula dan tidak mustahil berulang-ulang sehingga berbuah.seindah,seikhlas, sejujur mana pun dia di mata kita..dia tetap manusia yang bisa untuk berubah pada suatu ketika..

jika keikhlasan kasih sayang yg di berikan telah tidak dihargai maka biarkan ianya berlalu..jangan kita ada dendam dgn apa yg telah dia lakukan tp terus doakan moga dia bahagia dgn apa yg dia inginkan..terima lah hakikat kehidupan manusia boleh berubah sikap dgn sesaat walau kita telah mengenali menyayangi dirinya sekian lama...

Tuesday, May 17, 2011

cinta...

0 comments
rindu untuk kembali mencoretkan suatu kisah dan cerita yang aku namakan kenangan dan pengalaman..membuka ruang kebenaran dan pendedahan dengan menulis di sini..pasti akan membawa perjalanan yang jauh pada satu dunia...pengisian yang hanya aku tahu kenapa dan mengapa......

seorang cinta sedang asyik melihat handphonenya....
membaca balasan dan pesanan cinta dari cintanya....

tersenyum....dan tertawa penuh cinta.....
terbayang keletah cintanya..dengan penuh cinta.....

rindu yang ada dalam diri...penuh dengan bunga-bunga cinta...
harum dan mekar hanya untuk cintanya...

seorang cinta itu merenung keluar cermin kereta...
tersenyum sendiri..walau disepanjang perjalanannya hanya ada pepohon...
itu kuasa cinta.....

tersenyum......
terkecewa.......
termerajuk.....
tersenyum......

seorang cinta itu akan terus setia untuk cintanya....
dan akan terus percayakan cintanya......
akan terus menunggu cintanya....

seorang cinta itu akan terus menjaga dirinya untuk cintanya...
kerana dia mahu cintanya jua mampu menjaga dirinya.....

cinta membuatkan cintanya terus kekal mencintainya...
cinta membuatkan si pemerhati cinta..hanya mampu memerhati....

cinta membuatkan cintanya setia mencintainya....
cinta membuatkan si pemerhati cinta..akhirnya mengalah untuk merebut cintanya...

cinta membuatkan dunia ini penuh dengan cereka...
ceria..duka..gembira..sedih.....

cinta membuatkan si pemerhari cinta..diam....
si pemerhati cinta akan terus diam...
menyimpan semua yang ada dalam hati..sendiri...

cinta membuatkan si pemerhati cinta terasa penuh berdosa....
mencintai cintanya dalam diam...

kuasa cinta si cinta pada cintanya...
akhirnya membuatkan si pemerhati cinta mendoakan hanya yang terbaik untuk cinta dan cintanya...

cinta itu umpama kristal...umpama lelangit....umpama air...
jangan kau usik nakalnya...kelak berderai hancur semuanya...
jangan kau cemarkan udaranya.....kelak gelap dan kotorlah lelangitnya..
jangan kau cemarkan airnya..kelak berkeladak dan membusuk airnya....

pergilah si pemerhati cinta..
jangan kau teruskan langkahmu...
jangan kau tega pisahkan cinta dan cintanya...
cinta hanya perlukan cintanya...
cintanya hanya perlukan cinta..

pergilah...
bawalah dirimu.....berlalullah.....
jangan pernah datang dan jelmakan diri....

semadikanlah rasa mu wahai si pemerhati cinta...
buang dan hapuskan semuanya.....
jejak hati yang sepatutnya dari mula tiada....


~wah...tetiba menulis kisah cinta...hehehehe....sebab mungkin terasa ada aura cinta disekelliling..membuatkan penulisan kali ini lebih kepada cinta..melihat teman-teman makin sibuk mempersiapkan diri untuk masuk ke alam cinta yang sebenar..jelas..cinta membuatkan manusia boleh berubah menjadi 'gila'...senyum...ketawa....hehehehehehe...

indah!...

hanya itu yang mampu diucapkan...gelisah sesaat...bila tiada khabar si cinta.....saat berjauhan..rasa cemburu itu akan merasuk dalam fikiran..lalu jadi tak tentu arah......

betulkan..cinta membuatkan manusia menjadi gila....